30 C
Kota Kinabalu
Jumaat, April 19, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Laksanakan pembayaran 40 peratus dan tunggakan: Jonathan

Ranau MP, Datuk Jonathan Yasin

RANAU: Tanpa jaminan pelaksanaan 40 peratus cukai kepada negeri Sabah di Dalam Perlembagaan kemungkinan Negara Malaysia tidak akan wujud dan Sabah kemungkinan tidak akan ada bersama-sama dalam Malaysia pada masa sekarang.

Ahli Parlimen Ranau, Datuk Jonathan Yasin berkata, justeru amat penting bagi Kerajaan Persekutuan untuk menunaikan secepat mungkin perlanggaran yang sudah berlanjutan sejak 60 tahun yang lalu.

“Tahun ini adalah tahun yang penting bagi Negeri Sabah kerana rakyat Sabah sedang menunggu apakah keputusan kerajaan persekutuan berkenaan dengan pemberian 40 peratus hasil kepada kerajaan Negeri Sabah.

“Perkara ini sudah termaktub Dalam Perlembagaan Negara dan sejak tahun 2018 saya secara konsisten sudah menyentuh tentang perkara ini. Sejak dari umur muda 23 tahun selepas keluar dari university bila masuk ke dalam politik, saya sudah perkatakan lebih 30 tahun mengenai perkara ini sehingga masuk ke dalam parlimen.

“Sudah lebih 20 tahun saya sebagai pihak pembangkang sebelum tahun 2018, apa yang saya sentuh selalu menjurus kearah ketidak seimbangan ekonomi, tentang hak negeri Sabah pada rakyat Sabah, dan perkara ini masih berterusan hingga ke hari ini,” katanya.

Justeru, Jonathan berharap bahawa Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal MA63 yang akan menimbang, membincang dan memutuskan mengenai perkara ini pada tahun ini hendaklah mengambil kira tentang tahun-tahun kehilangan pembayaran hak 40 peratus ini kepada Kerajaan Negeri Sabah, khususnya daripada tahun 1974 hingga 2021.

Katanya, pembayaran geran khas tahunan pada tahun 2022 di antara kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan hendaklah tidak dicampur adukkan dengan pembayaran geran khas 40 peratus yang perlu diberikan kepada kerajaan negeri sabah.

“Kegagalan Kerajaan Persekutuan untuk membuat semakan keatas 40 peratus geran khas ini adalah satu pelanggaran kepada Perkara 112C dan 112D Perlembagaan Persekutuan.

“Kerajaan Persekutuan hendaklah memikirkan bahawa perkara ini sangat penting untuk dilaksanakan kerana ia telah dijanjikan kepada rakyat Negeri Sabah dan kepada pemimpin-pemimpin yang lalu.

“Sebab itu, janganlah memandang enteng perkara ini, sebab pendek kata, mana-mana perkara utama dalam perjanjian, jika terma itu tidak dipatuhi atau tidak ditunaikan, mana-mana pihak yang telah dilanggari dalam perjanjian itu boleh membatalkan perjanjian itu,” katanya.

Jonathan menggesa Kerajaan Persekutuan untuk mengambil perkara ini dengan serius kerana rakyat Sabah ramai sudah yang memikirkan perkara-perkara yang di luar daripada pembentukan negara ini di masa sekarang.

“Kita dengar di Australia anak-anak Sabah menubuhkan Sabah Independence Movement. Di United Kingdom juga Gerakan yang sama sedang dilakukan. Kenapa semua ini muncul? Kerana tidak berpuas hati dengan apa yang sedang berlaku ke atas Sabah di Dalam negara ini.

“Sebab itu kita minta supaya apa yang telah dipersetujui jangan lagi dilengahkan kerana tempoh 60 tahun itu sudah cukup lama bagi kami menunggu supaya perkara ini dapat diselesaikan,” katanya.

Tambah beliau lagi, Jawatankuasa Teknikal Perjanjian MA63 perlu membuat rumusan mengenai beberapa perkara, di mana salah satu daripadanya adalah berkenaan hal rekod yang diterima oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri di Negeri (LHDN) Sabah tidak mencerminkan hasil sebenar yang diperolehi oleh Sabah di negeri Sabah bagi mereka yang beroperasi di dalam Negeri Sabah.

“Saya minta supaya Jawatankuasa ini membuat pertimbangan supaya semua agensi kerajaan yang beroperasi di Sabah mestilah membayar cukai mereka di LHDN Sabah. Kalau mereka tidak bayar maka mereka kena start bayar.

“Semua syarikat-syarikat persendirian yang dari luar Sabah tapi beroperasi di Sabah mestilah juga membayar cukai di LHDN Sabah dan perkara ini perlu dijadikan sebagai satu undang-undang supaya semua orang yang beroperasi daripada luar Sabah, samada mereka berladang, berniaga atau pendek kata mengaut keuntungan di Sabah, harus membayar kepada LHDN Negeri Sabah.

“Perkara ini mesti dilakukan supaya kita ada rekod yang jelas berapakah pendapatan yang diperolehi dan jumlah 40 peratus berapa banyak yang harus dikembalikan kepada Negeri Sabah,” tegas beliau.

Joathan turut mempersoalkan ketidak semibangan peruntukan pembangaunan Parlimen yang diterima oleh para MP yang menjaga kawasan yang luas di Negeri Sabah.

“Di kawasan saya di Parlimen Ranau, suatu Kawasan yang lebih luas daripada Negeri Melaka, Pulau Pinang dan Perlis (tiga negeri) digabungkan dan mempunyai 11 orang MP, hanya mempunyai satu MP sahaja.

“Macamana dana pembangunan RM4 juta setahun dapat mengejar RM44 juta Kawasan yang keluasannya lebih kecil berbanding kawasan Ranau sendiri.

“Di kawasan semenanjung, jalanraya aspal dibina sampai ke kawasan ladang-ladang dan hutan simpan. Bagi kami di kampung-kampung di Sabah, jalan-jalan di kawasan perkampungan pun masih di Dalam keadaan yang daif,” kata beliau.

Jonathan berharap perkara ini diberi perhatian daripada Kerajaan Persekutuan, kerana beliau sudah melalui Perdana Menteri daripada Tun Dr Mahathir Mohamad, kepada Muhyiddin Yassin, Ismail Sabri, dan walaupun kini sehingga Anwar Ibrahim, perkara yang sama, pendiriannya tetap sama, dan kerajaan harus tunaikan perkara ini.

Di samping itu, beliau juga berpendapat bahawa pembahagian peratusan dana pembangunan negara keseluruhan sebanyak RM90 billion juga tidak adil bagi Sabah dan Sarawak.

Beliau turut menyentuh tentang Borneonisasi, di mana perkara ini sebenarnya sudah ada Dalam Memorandum 20 Perkara dan kerajaan tidak sepatutnya memandang remeh perkara ini walaupun ia hanyalah memorandum daripada Negeri Sabah.

“Minta supaya Borneonisasi dilaksanakan. Pertanyaan sya kepada Kerajaan Persekutuan, adakah penyertaan awal Sabah akan diBorneonisasikan?

“Berapa peratus jawatan-jawatan persekutuan di Sabah yang dipegang oleh anak-anak negeri Sabah? Dan berapa peratus pula lantikan anak-anak Sabah ke jawatan Persekutuan di seluruh Malaysia berbanding penduduk lain?

“Hal ini saya perkatakan dengan serious kerana bilangan graduan Sabah yang menganggur adalah tinggi. Justeru kita minta supaya mereka diberi pertimbangan dan peluang untuk sama-sama berkhidmat dalam perkhidmatan Persekutuan di Malaysia, khususnya di Negeri Sabah,” katanya.

Lain-lain hal yang turut disebut adalah berkenaan dengan harga tiket kapal terbang yang begitu melambung tinggi setiap kali musim cuti dan Kerajaan Malaysia haruslah mengawal perkara ini supaya syarikat penerbangan tidak sewenang-wenangnya menaikkan harga tiket penerbangan.

Jonathan turut meminta supaya pembinaan baharu jambatan Kg Lungkidau dipercepatkan dan dinaiktaraf kepada jenis jambatan yang lebih bagus kerana rakyat sedang menderita sekarang di sana.

“Jalan Miruru, Kg Perancangan-Nalumad, Jalan Kundasang iaitu SK kUndasang-Mohimboyon-Pinausuk dan sambungan Jalan Sinurai-Karagasan ke Kg Gusi dan juga pembinaan jambatan kereta ke Kg Gusi menyeberangi Sungai Ulu Sugut ke Daerah Beluran juga perlu dipercepatkan proses pelaksanaannya,” jelas beliau.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN