27.3 C
Kota Kinabalu
Khamis, Mac 27, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

LAGU DIRGAHAYU TANAH AIRKU BAWA TUAH KEPADA HIFFAN

Dari kiri: Jackelvin (Ketiga), Aswell (Naib), Hiffan (Johan), Janevanessa (Johan), Jessandha(Naib) dan Ornella (Ketiga)

RANAU: Lagu Dirgahayu Tanah Airku membawa tuah kepada Hiffan Danielvan Abdullah, murid Tahun 2 Sekolah Kebangsaan Nalapak apabila dia dinobatkan sebagai juara kategori lelaki Pertandingan Nyanyian Lagu Patriotik sempena Majlis Penutupan Bulan Kebangsaan Peringkat SK. Nalapak yang diadakan di mini dewan sekolah tersebut baru-baru ini.

Hiffan mendapat markah sebanyak 84% menewaskan empat peserta lain. Naib juara disandang oleh Aswell Paterik dengan markah terkumpul 78% manakala tempat ketiga dimenangi oleh Jackelvin Jaudin dengan markah 77.1%.

Turut menang juara kategori perempuan ialah Janevanessa Marcil Katrinus yang menyanyikan lagu Sejahtera Malaysia dengan markah sebanyak 80%. Naib johan dimenangi Jessandha Grace Jimchon (78%) manakala tempat ketiga Ornella Quincey Sahim (74%).

Dalam ucapan majlis penutupan program, Penolong Kanan Pentadbiran SK. Nalapak, Paul Gambisir mengingatkan semua bahawa pelbagai faedah dan manfaat akan diperoleh oleh murid sekiranya mereka aktif menyertai aktiviti-aktiviti di sekolah.

“Apa yang penting ialah murid dapat memberikan fokus sungguh-sungguh setiap aktiviti yang disertai. Justeru itu guru-guru dan ibu bapa perlu memainkan peranan masing-masing membantu murid tersebut membuat persediaan dan latihan awal agar mereka ada keyakinan diri dan berjaya mendapat nilai yang ingin diterapkan,” jelas Paul.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN