31 C
Kota Kinabalu
Rabu, Disember 4, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Lagi 196 penduduk dari 6 kampung terima sumbangan dari Jonathan.

OLEH: SALWAH ARAMAT.

RANAU : Seramai 196 penduduk dari enam buah kampung  dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Karanaan, DUN Paginatan dan DUN Kundasang menerima bantuan berupa keperluan dapur dari Ahli Parlimen Ranau, Jonathan Yasin.

Bantuan tersebut telah agihkan kepada  golongan sasar seperti Ibu Tunggal, Orang Kelainan Upaya (OKU), Orang sakit, Miskin Tegar dan Warga Emas sebagai antara usaha membantu mereka dalam menghadapi kekangan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berikutan penularan Covid-19.

Salah seorang penerima bantuan disampaikan Jonathan ketika menghantar sumbangan di Kg. Cinta Mata Kundasang.

Jonathan ketika dihubungi, memberitahu sumbangan tersebut  bertujuan meringankan beban mereka yang terkesan  dengan arahan PKP yang kini telah memasuki fasa kedua.

“Penduduk terlibat menerima bantuan kali ini adalah dari Kg. Tegudon Baru (32 orang), Kg. Pahu Sarayo (23 orang), Kg. Marakau (74 orang), Kg. Nalapak (36 orang), Kg. Cinta Mata (21 orang) dan Kg. Dumpiring Bawah (10 orang).

“Bantuan seumpama ini akan diteruskan sepanjang PKP secara berperingkat kepada golongan sasar,”  jelas Jonathan yang juga
Timbalan Menteri Dalam Negeri II.

Dalam pada itu, beliau turut menggesa para penerima bantuan dan penduduk kampung supaya sentiasa patuh arahan  selain mengikuti info sahih mengenai PKP.

Jonathan (kedua kiri) ketika menyampaikan bantuan kepada salah seorang penerima di Kg.Marakau

“Patuhi perintah PKP yang telah dikuatkuasakan kerajaan dalam usaha membendung  jangkitan Covid-19, dan pada masa sama tidak terpangaruh atau terus mempercayai sebarang maklumat yang mungkin tidak sahih ditularkan melalui media sosial berkaitan wabak ini,” katanya.

 Jonathan juga menggesa orang ramai supaya meningkatkan amalan penjagaan kesihatan bagi menghindari diri dan ahli keluarga dijangkiti COVID-19.

Ingatan beliau, pastikan diri sentiasa dalam keadaan bersih, selain menggunakan memakai penutup mulut dan hidung serta mencuci tangan menggunakan cecair pembasmi kuman. –TAMAT



ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN