SOPHIAN Menyerahkan sumbangan bola kepada Hajah Dayang Damit sambil di perhatikan oleh Khaziyati (dua dari kiri) dan Zamri (kanan sekali)
LABUAN: Persatuan Bola Sepak Labuan (LAFA) menyerahkan sumbangan 100 biji bola dan beberapa keperluan sesi latihan kepada Kelab Bola Sepak Pekan FC dalam satu majlis sederhana di hotel Tiara Labuan, dekat sini pada Sabtu.
Sumbangan tersebut telah disampailam oleh Presiden LAFA, Sophian Said kepada Guru Besar SK Pekan Dua, Puan Dayang Damit Md. Yasin disaksikan Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Wilayah Persekutuan Labuan, Khaziyati Osman.
Hadir sama Timbalan Pengarah Sektor Pembangunan Murid, Haji Abdul Rahman Haji Ahmad, Penolong Pengurus Sektor Pengurusan Sekolah Swasta Jabatan Pendidikan Negeri, Zaleha Salleh dan Naib Presiden LAFA, Zamri Tuah.
Terdahulu Sophian dalam ucapannya berkata, Kelab Bola Sepak FC adalah merupakan sebuah kelab yang membimbing pasukan bola sepak bawah 8, 10, 11 dan 12 tahun peringkat sekolah melalui Jabatan Pendidikan Negeri Wilayah Persekutuan Labuan (JPNWPL).

SIMBOLIK….Sophian bersama Khaziyati (kiri sekali) dan tetamu yang hadir memeggang bola tanda simbolik penyerahan sumbangan LAFA
Jelasnya, LAFA sedia untuk menjalin kerjasama dengan Jabatan Pendidikan Negeri Wilayah Persekutuan Labuan dalam membangunkan sukan bola sepak di peringkat sekolah termasuk kerjasa dalam menganjurkan beberapa kejohanan bola sepak bawah 12 dan 18 tahun.
“Kami berharap pihak Jabatan Pendidikan Labuan akan dapat bekerjasama dan membantu LAFA dalam merealisasikan pembangunan bola sepak bukan sahaja di peringkat sekolah tetapi juga di peringkat Wilayah Persekutuan Labuan sekaligus dapat mengembalikan kegemilangan sukan bola sepak Labuan pada era tahun 80an” katanya.
LAFA juga katanya sedang giat melakukan pencarian bakat-bakat baharu sebagai usaha untuk melahirkan lebih ramai pemain bola sepak yang berpotensi untuk diketengahkan di peringkat negeri.