25.5 C
Kota Kinabalu
Selasa, Mei 13, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Labuan rangkul 2 emas, 7 perak dan 1 gangsa di Kejohanan Olahraga  Master Terbuka Malaysia ke 34

PINGAT…empat atlet vetran Labuan  dari kiri Suwito, Marta, Redzuan dan Awang Asara bersama pingat yang dimenangi di Kejohanan Olahraga Master Terbuka Malaysia kali 34.

LABUAN: Pasukan atlet veteran Labuan berjaya  merangkul dua pingat emas, tujuh perak dan satu gangsa di Kejohanan  Olahraga Master Terbuka Malaysia ke 34  yang diadakan di Stadium Arena  Universiti Malaya Kuala Lumpur pada 20-21 Mei lalu.

Dua pingat emas yang berjaya di bawa pulang  masing masing menerusi  Marta Lokman  dalam acara  lompat jauh dan Suwito Kardo dalam acara balapan dan  padang 200 meter.

Selain itu, Marta juga berjaya meraih tiga pingat perak menerusi acara lari pecut  100m wanita , 200m wanita dan Lontar Cakra, manakala Suwito turut menyumbang dua lagi pingat perak menerusi acara 100m lelaki dan 400m lelaki.

Dua lagi atlet veteran Labuan yang menyertai kejohanan itu masing masing Abdul Harah @Awang Asara  dalam acara lompat berpagar 100meter lelaki dan Redzuan Jumat dalam melalui acara lompat jauh lelaki.

TAHNIAH… Bashir bersama atlet veteran Labuan  yang tiba di balai ketibaan lapangan  terbang Labuan, pada Isnin.

Disamping itu, Redzuan juga berjaya membawa pulang satu pingat gangsa menerusi acara lompat kijang.

Sementara itu, kepulangan atlet berkenaan pada Isnin  disambut Ahli Dewan Negara, Senator Datuk Bashir  di lapangan terbang Labuan.

Bashir  ketika ditemui mengucapkan tahniah kepada atlet veteran Labuan yang berjaya meraih pingat di kejohanan tersebut

“Kejayaan mereka adalah hasil daripada  kesungguhan  mereka menjalankan latihan dalam keadaan fasiliti yang kurang memuaskan disebabkan fasiliti yang ada di stadium Kompleks Sukan Labuan sedang dinaik taraf” katanya.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN