26 C
Kota Kinabalu
Sabtu, Oktober 12, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Labuan raih 2 emas, 2 gangsa di Kejuaraan Silat Kebangsaan ke 20

EMAS….Siti Shazwana (dua dari kiri) ketika menaiki podium untuk menerima hadiah.

LABUAN: Persatuan Silat Labuan meraih dua pingat emas dan dua gangsa pada Kejuaraan  Silat Kebangsaan ke 20 yang diadakan di Educity Sport Complex, Iskandar Putri, Johor  baru-baru ini.

Kejuaraan yang berlangsung selama lima hari (18-23 Disember) itu menyaksikan atlet silat wanita Labuan,  Siti Shazwana Ajak yang juga pesilat negara meraih satu  emas kategori  Putri D (60-65kg).

Manakala satu lagi pingat emas diperolehi melalui pesilat Nur Nabila Hartono kategori  Putri H (80-85 kg)

Dua pingat gangsa masing masing disumbangkan oleh  Muhamad Akma Danish Mohd Amirul kategori  Putra 45 kg. dan Nurul Shazwani Matrudin/Maria Kahar bagi kategori Ganda Putri.

Pada kejuaraan itu, Pasukan Pesilat Labuan menghantar seramai 9 atlet.Turut mengiringi atlet yang bertanding di kejuaraan itu ialah Mahadi Harith (Pengurus), Haji Abdullah Amir Andul Rahman, dan  Hamidah Mulok (Jurulatih Seni/Olahraga) serta Silat Seni (Jurulatih Silat  Seni).

Sebanyak  20 pasukan telah menyertai kejuraan itu membabitkan 14 negeri dan enam  daripadanya merupakan  persatuan sukan silat dari Polis Di Raja Malaysia (PDRM), Pertubuhan Seni Silat Gayung Malaysia Kebangsaan (PSSGMK), Pertubuhan  Seni Gayung Fatani  Malaysia (PSGFM), dan Pertubuhan  Seni Silat Lincah Malaysia ( PSSLM).

Dalam perkembangan yang sama, kedua dua pasilat Labuan yang memenangi pingat emas di kejuaraan itu telah di selitkan  kedalam kem latihan pusat pasukan pesilat negara yang dijangka bermula  pertengahan  bulan Januari 2023 sebagai persiapan skuad elit negara menghadapi kejuaraan   Sukan Sea Cambodia,  Kejuaraan Silat  Dunia ke 20 Indonesia 2023 dan  Asian Indoor Games Thailand 2023.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN