31 C
Kota Kinabalu
Isnin, April 21, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Labuan FSA sumbang 200 katil bertingkat, 400 bantal dan tilam untuk keperluan PKRC

GAMBAR: SIMBOLIK….Mohd Rizlan (kiri) secara simbolik menyerahkan katil bertingkat kepada Ansharey (kanan sekali) sambil diperhatikan Dr. Usvinder.

Oleh: Jainudin Djimin

LABUAN: Lembaga Perkhidmatan Kewangan Labuan (Labuan FSA) menyumbang kelengkapan   200 katil bertingkat dan 400 tilam serta bantal untuk membantu Pusat Kuarantin Rawatan COVID 19 (PKRC) Dewan Serbaguna Perbadanan Labuan dan Hospital Labuan susulan jumlah kes pesakit itu yang meningkat secara mendadak sejak beberapa hari lalu.

Majlis ringkas  penyerahan sumbangan itu disampaikan oleh Pengarah Kumpulan Tadbir Urus dan Jabatan Jaminan, Labuan FSA, Mohd   Rizlan Mokhtar kepada Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Ansharey Matarsad mewakili Jawatankuasa Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) Labuan yang diadakan di perkarangan PKRC Dewan Serbaguna Perbadanan Labuan, petang  Jumaat.

Mohd Rizlan ketika ditemui  media berkata, sumbangan itu adalah sebahagian aktiviti  tanggung jawab sosial (CSR)  Labuan FSA bersama   beberapa syarikat industri kewangan antarabangsa (IBFC) untuk menghulurkan bantuan yang diperlukan PKRC Dewan Serbaguna Perbadanan Labuan dan juga PKRC Hospital Labuan.

 “Melalui projek tanggungjawab sosial korporat (CSR) ini, kami  amat menghargai dan menyokong langkah-langkah yang diambil pihak berkuasa  seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Jabatan Kesihatan Negeri, PDRM dan Perbadanan Labuan   serta lain-lain agensi yang berkaitan yang telah berusaha bersama sama memutuskan rantaian COVID 19 daripada terus menular di negara ini khususnya di Wilayah Persekutuan Labuan.

“Kami berharap dengan adanya sumbangan ini akan dapat meringankan pesakit yang sedang menjalani kuarantin dan diharap mereka  semua cepat sembuh” katanya.

Hadir sama, Timbalan Pengarah (Perubatan) Hospital Labuan yang juga Komandan PKRC, Dr Isvinder Singh Parmar.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN