28 C
Kota Kinabalu
Rabu, Februari 11, 2026
ADVERTISEMENTspot_img

Labuan FSA raikan warga emas, OKU, asnaf dalam majlis Rumah Terbuka Aidilfitri.

Nik Mohamed Din (tengah) bersama golongan warga emas,OKU, asnaf yang diraikan dalam majlis tersebut

LABUAN: Seramai 60 orang yang terdiri warga emas, Orang Kelainan Upaya (OKU) dan asnaf diraikan dalam majlis Rumah Terbuka Aidilfitri anjuran Labuan FSA.

Turut diraikan pada majlis itu golongan asnaf dan Austime.

Majlis yang diserikan dengan pelbagai persembahan dan nyanyian daripada guru dan pelajar Sekolah Antarabangsa Labuan (LIS) telah diadakan di salah sebuah hotel terkemuka di sini, pada Isnin.

Selain diraikan dengan jamuan Aidilfitri, golongan tersebut turut menerima sumbangan bakul makanan, bungkusan hamper dan duit raya.
Hadir sama memeriahkan majlis itu, Ketua Pengarah Labuan FSA, Nik Mohammed Din Nik Din Nik Musa.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN