27 C
Kota Kinabalu
Khamis, Disember 5, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Labuan FSA nafi terlibat dengan pelancaran produk kewangan I-Asset Trust

LABUAN: Lembaga Perkhidmatan Kewangan Labuan (Labuan FSA) menafikan sebarang penglibatan dalamĀ  pelancaran produk kewangan I-Asset Trust oleh pihak MPV Capital Ltd, IDC Capital Sdn Bhd Dan Eramas Trustee Bhd.

Ketua Pengarah Labuan FSA, Nik Mohamed Din Nik Musa ketika menjawab laporan media baru baru ini berkata pihakya tidak menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) dengan ketiga tiga syarikat itu, selain tidak terlibat dalam I-Asset Trust.

ā€œLabuan FSA memandang serius perkara ini Dan sedang giat menjalankan siasatan secara menyeluruh ā€œ katanya dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan kepada media di sini, kelmarin.

Katanya, Labuan FSA juga bersedia untuk mengambil tindakan undang undang bagi menjaga reputasi Dan kepentingan Labuan FSA.

Dilaporkan pada awal minggu ini, MPV Capitals, IDC Capital,  Eramas Trustee Dan Labuan FSA bekerjasama untuk menyampaikan produk kewangan I-Asset Trust dengan sasaran pelabuhan RM100 juta menjelang akhir tahun ini.

Nik Mohamed turut menekankan bahawa penggunaan nama  serta logo Labuan FSA tanpa kebenaran merupakan pelanggaran di bawah Akta Cap Dagangan Malaysia 2019.

ā€œSebagai pihak berkuasa kawal selia Labuan FSA hanya memeterai MoU dengan pengawal selia rakan setara.Ia tidak memeterai MoU dengan entiti di bawah peraturannya untuk mengekalkan kebebasan Dan Dan kesaksamaannya dengan itu mengekalkan sebarang konflik kepentinganā€, katanya.

Nik Mohamed turut meningkatkan orang ramai  supaya merujuk kepada komunikasi rasmi daripada lama web Labuan FSA.

Labuan FSA telah ditubuhkan sebagai  sebuah badan berkanun  di bawah Kementerian Kewangan dan merupakan pihak berkuasa kawal selia, penyediaan dan  Penguatkuasaan pusat untuk industri perniagaan serta perkhidmatan kewangan Antarabangsa di Labuan.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN