25 C
Kota Kinabalu
Selasa, April 22, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Labuan diperuntukkan RM50 juta perbelanjaan mengurus tahun 2025

Lim (duduk tengah) bergambar kenangan bersama kakitangan di bawah agensi Kementerian Kewangan yang menyertai Karnival Kewangan Madani.

LABUAN: Kerajaan Persekutuan telah memperuntukan RM50 juta untuk perbelajaan mengurus (OE) bagi Wilayah Persekutuan Labuan 2025.

Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying berkata jumlah peruntukan itu kekal sama seperti perbelanjaan mengurus tahun 2024.

Selain itu katanya, kerajaan juga telah meluluskan peruntukan sebanyak RM32.917 juta bagi melaksanakan tujuh projek pembangunan melibatkan  menaik taraf jambatan Patau-Patau, pembinaan sel pelupus sisa sanitari dan pembinaan loji rawatan air laut serap yang akan dilaksanakan pada tahun 2025.

“Walaupun tiada tambahan untuk perbelajaan mengurus (OE), tetapi terdapat peruntukan untuk Wilayah Persekutuan Labuan iaitu projek pembangunan bernilai RM32.917 juta bagi melaksanakan tujuh projek  yang akan dilaksanakan tahun depan membabitkan menaik taraf Jambatan Patau-Patau Satu, pembinaan Cell Sanitary Landfill (pembinaan sel pelupusan sisa sanitari) dan pembinaan Leachate Treatment Plant (loji rawatan air laut serap)” katanya pada sidang media selepas merasmikan Karnival Kewangan Madani peringkat Labuan di Ujana Kewangan disini, pada Sabtu.

Terdahulu ketika berucap pada majlis itu, beliau berkata karnival tersebut bertujuan mendidik orang ramai mengenai peranan dan fungsi setiap agensi.

Karnival dua hari itu menyediakan pelbagai perkhidmatan secara terus kepada rakyat Labuan dengan penglibatan lebih 10 agensi Dan Jabatan di bawah Kementerian Kewangan

Turut diadakan ceramah celik kewangan yang disampaikan oleh pakar kewangan

Antara agensi Kerajaan yang terlibat termasuklah Kumpulan Simpanan Wang Pekerja (KWSP), Kumpulan Wang Persaraan (KWAP) Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso), Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM), Perkhidmatan Pendaftar Syarikat oleh Perbendaharaan  Malaysia Sabah, Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN),  Bank Simpanan Nasional (BSN) dan Jabatan Kastam Di Raja Malaysia.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN