25 C
Kota Kinabalu
Khamis, Disember 11, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Labuan contoh terbaik aspek perpaduan kaum

Simsudin (tiga dari kiri) ketika merasmikan Program TownHall Keselamatan dan Perpaduan di dewan Sri Timbalai Koreksional Labuan, pada Selasa,

LABUAN: Wilayah Persekutuan Labuan menjadi contoh terbaik dalam aspek perpaduan kaum kerana masyarakatnya yang berbilang kaum saling hormat menghormati dan tolong menolong.

Pengerusi Perbadanan Labuan, Datuk Mohd Husni Muhamad Salleh berkata, kejayaan itu adalah hasil kepercayaan dan nilai kebersamaan dalam memelihara keselamatan dan perpaduan oleh setiap individu.

“Perpaduan yang dikecapi ini perlu dijaga, disuburi dan dilindungi seperti mana kita menjaga keselamatan keluarga sendiri”, katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Program Town Hall Keselamatan dan Perpaduan anjuran Jabatan Perpaduan dan Integrasi Nasional (JPNIN) Labuan yang diadakan di dewan Sri Timbalai Jabatan Koreksional Labuan pada Selasa.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Timbalan Pengerusi Perbadanan Labuan, Simsudin Sidek.

Dalam pada itu, Mohd Husni berkata Program Tawn Hall Keselamatan dan Perpaduan yang dianjurkan Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) merupakan wadah komunikasi dua hala antara kerajaan dan rakyat, khususnya dalam membincangkan isu isu keselamatan dan perpaduan yang semakin mencabar.

Katanya, negara hari ini berdepan cabaran keselamatan baharu iaitu ancaman siber dan maklumat palsu yang boleh mengugat keharmonian perpaduan dan kestabilan negara.

“Justeru itu masyarakat diingatkan untuk menjadi pengguna yang bijak , bertanggung jawab dan tidak menjadikan ruang maya sebagai medan kebencian”, katanya.

Program yang bertemakan ‘Keselamatan dan Perpaduan’ itu dihadiri hampir 100 peserta yang terdiri Ketua-ketua Jabatan, pemimpin masyarakat dan NGO.

Antara pengisian program itu iaitu Ceramah Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang disampaikan oleh Timbalan Ketua Pengarah keselamatan Negara (Keselamatan Strategik) MKN, Datuk Baharuddin Ahmad.

Turut diadakan sesi dialog interaktif “Ancaman Mesia Sosial: Implikasinya Terhadap Perpaduan dan Keselamatan Komuniti” melibatkan tiga panel iaitu Ketua Polis Daerah Labuan Supt. Mohd Hamizi Halim, Pengarah Jabatan Penerangan Wilayah Persekutuan Labuan, Mohd Arifin A.M Noodin dan Timbalan Pengarah Suruhan jaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), Ts. Saiful Ridzwan Mat Darus.

Turut hadir, Pengarah Bahagian Pengurusan Jabatan Perpaduan Negara Norwahidah Zinalibdin dan Pengarah JPNIN Labuan, Jessica Basat.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN