27 C
Kota Kinabalu
Isnin, Februari 10, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Labuan berjaya selesaikan 10 kes COVID 19

Oleh: JD


LABUAN: Jabatan Kesihatan Negeri, Wilayah Persekutuan Labuan sehingga hari ini berjaya menyelesaikan 10 kes positif COVID 19 yang telah sembuh sepenuhnya dan dibenarkan keluar (discaj) secara berperingkat bermula kelmarin (Jumaat).


Menurut Status COVID 19 yang dikeluarkan oleh Pusat Penyediaan dan Maklum Balas Krisis (CPRC) Jabatan Kesihatan Negeri, Wilayah Persekutuan Labuan kelmarin menunjukkan seramai 10 pesakit yang positif COVID 19 telah dibenarkan pulang dan hanya tiga kes sahaja yang masih dirawat.

STATUS COVID 19 yang dikeluarkan oleh CPRC Jabatan Kesihatan Labuan, petang kelmarin.


Difahamkan kesemua 10 kes yang telah sembuh itu merupakan individu yang pernah dikaitkan dengan perhimpunan tabligh di Seri Petaling Kuala Lumpur hujung Febuari lalu.


Manakala tiga kes lagi yang masih dirawat merupakan kluster baharu yang muncul selepas salah seorang individu yang balik dari Kuala Lumpur baru-baru ini didapati positif COVID 19.
Untuk rekod Labuan mencatatkan jumlah keseluruhan sebanyak 13 kes positif COVID 19 tanpa kematian.


Sementara itu, orang ramai yang gembira dengan perkembangan itu mengucapkan syabas kepada Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri, Wilayah Persekutuan Labuan, Dr.Ismuni Bohari bersama anggota barisan hadapan khususnya anggota jabatan itu yang bertungkus lumus merawat pesakit untuk memutuskan rantaian jangkitan COVID 19 daripada terus menular di pulau ini. TAMAT


ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN