29 C
Kota Kinabalu
Khamis, April 24, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Labuan 15 Charlie johan  Bola Sepak Wanita IPD Labuan

JOHAN….Bashir berdiri empat dari kanan), Ahmad (berdiri empat dari kiri) bersama  pasukan Labuan 15 Charlie.

LABUAN: Pasukan Labuan FC 15 Charlie muncul juara pertandingan Bola Sepak kategori  Wanita sempena  Program Hari Sukan Bola Sepak Wanita dan Anak-Anak Polis IPD Labuan yang diadakan di padang bola sepak Perumahan IPD Labuan, pada Sabtu.

Pada perlawanan akhir itu, pasukan Labuan FC 15 Charlie yang mewakili Balai Polis Labuan menewaskan Pasukan Cherry Bamboo  dari Balai Polis Bebuloh dengan keputusan  3-0 sekaligus membawa pulang sebuah piala dan medal.

Tempat ketiga dimenangi oleh pasukan Lundus Rancha Rancha (Balai Polis Rancha-Rancha) selepas menewaskan Bamboo Lady Haus 1-0.

Sementara itu, pasukan Anak Bomba FC yang bertanding sebagai pasukan jemputan  muncul johan bagi kategori bawah 17 tahun, naib johan dimenangi oleh pasukan  Pengurusan IPD 2022  dan tempat ketiga dimenangi pasuksan JSJ.

NAIB JOHAN… pasukan Cherry Bamboo bersama hadiah yang dimenangi.

Bagi kategori kanak-kanak bawah 12 tahun, johan dimenangi oleh pasukan anak-anak JSJ, naib johan dimenangi oleh  Labuan 13 Junior dan  tempat ketiga dimenangi oleh Cawangan Khas.

Majlis penyampaian hadiah disempurnakan oleh Ahli Dewan Negara yang juga Pengerusi Perbadanan Labuan, Senator Datuk Bashir Alias.

Hadir sama menyaksikan pertandingan  yang julung kalinya diadakan itu ialah, Ketua Polis Daerah Labuan, Superitendan Ahmad Jawila, Timbalan Ketua Polis Daerah Labuan, DSP Mohd Ibrahim Mohd Ghani, Pengerusi Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) Labuan, Mohd Dzulfaizal Ab. Manan, Presiden Persatuan Bola Sepak Labuan, Sophian Said dan lagenda Bola Sepak Negara, Datuk Hassan Sani.

Pertandingan bolasepak wanita dan anak-anak lima sebelah itu telah di sertai sebanyak 20 pasukan.

Turut diadakan sepanjang perlawanan itu berlangsung ialah cabutan bertuah untuk peserta dan petugas  yang menyediakan pelbagai hadiah menarik.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN