31 C
Kota Kinabalu
Selasa, Mac 18, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

KWP salur peruntukan tambahan untuk Labuan berjumlah lebih RM1.9 juta.

SIDANG MEDIA…Anuar Musa

Oleh: Jainudin Djimin

LABUAN: Kementerian Wilayah Persekutuan  (KWP) dan Perbadanan Labuan (PL)  menyalurkan bantuan tambahan  bernilai RM1,959.000 juta di bawah  Inisiatif Wilayah  Cakna 6.0  bagi membantu  warga Labuan yang terjejas dan terkesan daripada pendamik COVID 19.

Perbadanan Labuan dalam satu kenyataan hari ini berkata,  bantuan tambahan itu dimumkan oleh Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Anuar Musa dalam satu sidang media di Putrajaya, pada Selasa.

Menurut kenyataan itu, sebanyak lima bantuan telah dipersetujui di bawah inisiatif tersebut antaranya pemberian  bantuan bakul makanan asas bernilai RM100 untuk keperluan  18,000  penduduk yang terjejas akibat pendemik COVID 19 termasuk mereka yang dikuarantin dan  hilang pekerjaan membabitkan peruntukan RM1.65 juta.

ANTARA  bantuan yang akan disalurkan kepada golongan terjejas pendamik COVID 19 di Labuan

Bantuan lain ialah pemberian secara one-off RM500 kepada 128 pengusaha bas mini dan bas sekolah serta 90 pengusaha teksi membabitkan peruntukan RM109,000.

Selain itu, golongan belia juga turut mendapat perhatian apabila seramai 100 orang peniaga belia bakal mendapat manfaat menerusi bantuan secara One-Off RM500.

Bantuan itu juga  tidak dilupakan kepada 500 penghantar makanan  yang  turut menerima RM300 secara one off.

Secara keseluruhannya seramai 3,818    warga Labuan  yang terkesan  dan terjejas dengan pendamik COVID 19  akan menerima manfaat daripada peruntukan tambahan itu melalui  Inisiatif Wilayah Cakna (IWC) 6.0.

Menyentuh mengenai  peningkatan kes COVID 19 di Labuan, Anuar  mengarahkan semua agensi dan penguatkuasa di Labuan mengambil tindakan yang lebih berkesan  dan mengesa semua ketua agensi utama serta pemimpin masyarakat  mempertingkatkan usaha mengekang penularan COVID-19 menerusi satu tindakan yang lebih insentif.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN