KWP peruntukan bakul makanan bernilai RM100,000 untuk lokaliti Saguking

Oleh: Jainudin Djimin

PENGERUSI PKOB…. Dr Fary Akmal Osman

Labuan: Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP) telah memperuntukan RM100,000 untuk menyalurkan bantuan bakul makanan kepada penduduk di lokaliti Saguking yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD) bermula pada 21 Oktober hingga 3 November depan.


Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Operasi Bencana (PKOB) Negeri Wilayah Persekutuan Labuan, Dr. Fary Akmal Osman berkata peruntukan tersebut telahpun di salurkan kepada agensi Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) iaitu Perbadanan Labuan akan dimanfaatkan dengan penghantaran bakul makanan dua kali seminggu sepanjang pelaksanaan PKPD.


“ Bermula semalam pihak Perbadanan Labuan telahpun menyalurkan sebanyak 629 bakul makanan bernilai RM50 kepada penduduk di lokaliti rumah setinggan Saguking yang diletakkan di bawah PKPD susulan peningkatan kes COVID 19 di kawasan berkenaan” katanya ketika dihubungi di sini kelmarin.

BANTUAN…… penduduk lokaliti rumah setinggan Saguking beratur ketika mengambil bantuan makanan yang disalurkan oleh Perbadanan Labuan sambil diawasi oleh anggota keselamatan, petang kelmarin


Dr. Fary yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan berkata, sebuah klinik swasta di sini juga bersedia membekalkan susu untuk keperluan anak-anak di kawasan berkenaan.


Selain itu kata Dr. Fary, Kementerian Wilayah Persekutuan juga telah meluluskan peruntukan yang sama (RM100,000) untuk agihan bakul makanan kepada kumpulan B40 yang menjalani kuarantin di rumah.
TAMAT