25 C
Kota Kinabalu
Isnin, Jun 24, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

KWK St. James The Aposite Bunsit terima sumbangan ADUN Bingkor

Datin Doris mewakili Robert menyampaikan sumbangan kepada Puan Maria.

KENINGAU:Kerasulan Wanita Katolik (KWK)St. James The Aposite Bunsit menerima sumbangan kewangan daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)Bingkor Datuk Robert Tawik @ Nordin.

Sumbangan itu disampaikan oleh Datin Doris Jopirit isteri Robert yang juga Pembantu Menteri Kerja Raya.

Puan Maria Mahmud  yang juga  Pengerusi KWK Bingkor yang menerima sumbangan itu diperlukan bagi membiayai kos tempahan pakaian seragam komuniti KWK St. James The Aposite Bunsit berkata, bagi pihak komuniti KWK, beliau merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada ADUN Bingkor atas keikhlasannya memberi sumbangan.

Katanya, sumbangan dalam bentuk kewangan ini dapat meringankan beban dan memberi manfaat seperti yang diperlukan.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN