30 C
Kota Kinabalu
Selasa, Disember 16, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Kursus Teknikal Pemprosesan dan Makanan Bersasakan Burung Puyuh dapat melahirkan ramai tenaga mahir

Puan Jessi menunjukkan sijil kursus berkenaan

TUARAN: Puan Dayang @ Jessie Binti Ambukon Pengusaha Farmbay merangkap Presiden Persatuan Usahawan Sabah telah menganjurkan Krusus Teknikal Pemprosesan dan masakan berasaskan Burung Puyung di premis Farmbay Tuaran.

Program ini telah berlangsung selama 2 hari bermula dari 13 Julai. Bersama-sama menjayakan program ini ialah Chef Zaha Iron Butcher.

Seramai 12 peserta telah mengambil bahagian dalam krusus ini,dan pada masa yang sama krusus ini juga telah disertai oleh peserta dari negara jiran iaitu Brunei.

Antara beberapa isi kandungan kursus ialah Cara potongan burung Puyuh & Itik, Deboning Burung Puyuh.

Menu-menu yang telah dihasilkan ialah seperti Chrispy Burung Puyuh, Sup Burung Puyuh, Spegahtti Puyuh, Nasi Goreng Puyuh Pedas dan beberapa lagi menu yang lain.

Puan Jessie adalah penerima anugerah Kecermelangan Industri Sabah (AKIS) bagi tahun 2020/2021, beliau juga antara penerima High Achievers Kategori Telur Masin 2016.

Puan Jessi berharap kursus ini dapat melahirkan lebih ramai tenaga mahir dalam memenuhi permintaan industry penternakan di Sabah dan sekali gus beliau juga berharap untuk jenama produk Farmbay dapat lebih meluas.

Puan Jessi dan para peserta bergambarbersama selepas program itu

Krusus ini telah disempurnakan oleh Tuan Kennedy Juani, Pegawai Penyelidik merangkap Ketua Unit Monogastrik Jabatan Perkhidmatan Veterina Sabah.

Ujar beliau semasa menyampaikan sijil-sijil kepada peserta ialah “Saya berharap kursus ini dapat membantu memperluaskan lagi produk dan jenama Farmbay bukan sahaja di Malaysia bahkan boleh di eksport ke luar Negara.

“Dengan adanya program-program seperti ini, saya bagi pihak Jabatan Perkhidmatan Veterina sangat mengalu-alukan pemain industri untuk aktif dan melibatkan diri dalam anjuran-anjuran seperti ini.

“Kami di pihak jabatan akan cuba sebaik mungkin untuk membantu dan memberikan input-input yang baik bagi tujuan penambah baikan,” katanya.

Farmbay yang terkenal dengan produk telur masin dan Burung Puyuh mereka kini dalam proses untuk mengeluarkan produk-produk berasaskan makanan.

Puan Jessi menjawab ketika ditanya, “Farmbay kini dalam proses untuk persiapan bagi melancarkan produk-produk baharu kami, saya harap dengan menu-menu kami ini dapat memberikan pilihan yang berbeza kepada pengguna khususnya pengemar
makanan bukan sahaja di Sabah tetapi di seluruh Malaysia secara Am nya.

“Untuk sebarang pertanyaan dan info anda boleh menghubungi saya di talian 016-830 2003,” jelas beliau.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN