25 C
Kota Kinabalu
Ahad, Oktober 6, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

KURNIAWAN MUNGKIN CATUR PEMAIN YANG SAMA MALAM INI

Pemain-pemain Sabah FC dalam sesi latihan sebelum berangkat ke Selangor

KELANA JAYA–Sabah FC besar kemungkinan dijangka mencatur lagi barisan pemain yang sama apabila menghadapi UiTM FC, pasukan tercorot dalam Liga Super bagi perlawanan ke-20nya di Stadium UiTM Shah Alam malam ini.

Selepas mengharungi tujuh perlawanan tanpa kemenangan dengan hanya mampu seri tiga perlawanan dan tewas bagi empat perlawananan, ketua jurulatih, Kurniawan Dwi Yulianto bakal menerima tekanan dalam perlawanan ini untuk sekurang-kurangnya mengutip mata.

Pertemuan di halaman lawan ini bukan mudah bagi Sabah FC untuk keluar dari kemelut yang menghantuinya kerana pasukan tuan rumah juga ingin mempertahankan maruah dari terus tercalar.

Sehingga setakat ini, tiada banyak pilihan bagi Kurniawan selain mencatur sebahagian besar barisan pemain yang sama untuk berhadapan UiTM FC.

Jurulatih itu masih lagi dibayangi situasi serba salah memandangkan beranggapan bahawa UiTM FC, pasukan tercorot dalam liga masih boleh dilakukan percaturan sekurang-kurangnya sebelum menyelesaikan dua lagi baki perlawanan menentang Selangor FC di Stadium Likas pada 5 September dan melawan Perak FC di Stadium Perak di Ipoh pada 12 September ini.

Namun langkah yang diambil jurulatih itu bukanlah satu jaminan yang menjanjikan kejayaan. Sekiranya percaturan kali ini dilakukan dengan strategi dan kudrat yang serupa, besar kemungkinan yang boleh “memakan diri”.

Tunggu dan lihat. Soalnya, kenapa jurulatih dari Indonesia itu masih tidak mempunyai keberanian untuk melakukan rombakan dalam pasukan setelah mencubanya melalui tujuh perlawanan tanpa kemenangan.

Malah masih lagi berusaha untuk mencaturkan barisan pemain yang kurang memberi impak dan barisan yang serupa yang menggambarkan Sabah FC seolah-olah terlalu ketandusan pemain. Apakah benar, kita sudah ketiadaan pemain-pemain muda, bertenaga, berbakat dan berpotensi untuk diberi peluang beraksi dalam pasukan senior seperti yang dilakukan pasukan Selangor FC.

Ada desas-desus bahawa Kurniawan dikatakan masih ingin melakukan percaturan terakhir dalam perlawanan dengan pasukan UiTM FC malam ini, sebelum berhasrat membuat rombakan besar dalam pasukan yang kini bergelut dengan sindrom kekalahan.

Sumber menyebut, inilah antara yang difikirkan jurulatih itu sebelum mengambil langkah drastik untuk menyegarkan semula Sabah FC dalam saingan Liga Super yang sudah tentu menjadi impian peminat bolasepak di negeri ini.

Ada juga desakan dari kalangan peminat yang mahu penolong jurulatih, Burhan Ajui dan staf kejurulatihan yang lain membantu Kurniawan dan memberi imput yang segar bagi memberi nafas baharu kepada pasukan berkenaan.

“Kita tidak nampak sesuatu keberkesanan diusahakan Burhan dan rakan-rakannya khususnya staf kejurulatihan lain berkongsi dan membantu ketua jurulatih daripada menggalas tugas yang diberikan selaku pengendali pasukan,” ujar sumber itu.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN