Mad Sarip (tiga kanan)bersamarombongan merakam gambar bersama Haji Jupri (dua kiri).
SEMPORNA: Kunjungan hormat Persatuan Veteran Komando Malaysia Sabah (PVKMS) ke Pejabat Jabatan Pertanian Daerah Semporna baru-baru ini beri impak positif hubungan dua hala.
Kunjungan yang julungkali diadakan itu yang diketuai Setiausaha PVKMS, Mad Sarip Saleh bertujuan, untuk mengetahui jenis-jenis insentif atau peruntukan dan kemudahan yang disediakan untuk dipohon menerusi Jabatan Pertanian khususnya, membincangkan usahasama pertanian kepada bekas tentera dan mengukuhkan ‘Networking’ (jaringan) yang boleh memberi menafaat perniagaan kepada usahawan Veteran ATM.
Mad Sarip ketika ditemui berterima kasih dengan undangan pihak Jabatan Pertanian Sempurna kepada PVKMS untuk melawat ke jabatan berkenaan.
Hadir sama menyertai rombongan itu ialah, Bendahari PVKMS, Mohd Arbi dan Amir Hamzah Hj Kannaung.
TAMAT