Robert (kanan) menerima cenderakenangan daripada Pengarah JPBM Negeri Sabah Md Ali Bin Ismail. Turut kelihatan Limus (dua dari kanan).
Oleh:Marutin Ansiung
KOTA KINABALU:Pembantu Menteri Kerja Raya Datuk Robert Tawik @ Nordin menerima Kunjungan Hormat daripada Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah di Pejabatnya di sini hari ini.
Rombongan JBPM itu diketuai oleh Pengarah JBPM Sabah, PKPjB Md Ali Bin Ismail.
Beliau diiringi oleh Pemangku Timbalan Pengarah yang juga Penolong Pengarah Bahagian Keselamatan Kebakaran JBPM Sabah, PgKB I Jemros Bin Olin,.Ketua Zon JBPM Keningau, PgB Yuszaimi Hairrul Azwan Bin Juatan dan Pegawai Perhubungan Awam, PKPgB Mohd Affendy Bin K Ramin.
Turut sama Pengarah Jabatan Kereta Api Negeri Sabah Tuan Leonard Stephen Poyong.
Robert yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bingkor yang mengalu-alukan kunjungan hormat itu berkata, kunjungan seumpama ini bukan sahaja dapat silaturahim tetapi ia menjadi medium untuk membincangkan perkara-perkara berkaitan dengan JPBM dan Kementerian.
Katanya, hubungan antara jabatan dan agensi kerajaan dengan pemimpin-pemimpin kerajaan adalah penting bagi merealisasi pelaksanaan rancangan kerajaan.
Turut mengalu-alukan kunjungan hormat JPBM Sabah itu adalah Pembantu Menteri Kerja Raya 1 Datuk Limus Jury yang juga ADUN Kuala Penyu.