24 C
Kota Kinabalu
Isnin, Januari 13, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

KUNJUNGAN HORMAT AJK KRT TAMAN SAUJANA KINABALU KE ATAS PEGAWAI EKSEKUTIF MDR

Gambar : Sabin (kanan) menyampaikan cendera kenangan kepada Jupirin disaksikan oleh Fred (belakang), Syumaimah (Setiausaha) dan Samsiah (Bendahari)

RANAU: Ahli Jawatankuasa Tertinggi Komuniti Rukun Tetangga, Taman Saujana Kinabalu yang terletak kira-kira 4.1 kilometer dari pekan baru-baru ini telah melakukan kunjungan hormat ke atas Pegawai Eksekutif Majlis Daerah Ranau (MDR), Jupirin Bin Hj. Ruhimin.

Menurut Pengerusi Komuniti Rukun Tetangga, Taman Saujana Kinabalu, Sabin Medi, kunjungan ke atas pegawai tersebut adalah bagi mencapai persetujuan pengambilalihan pengurusan Taman Saujana Kinabalu oleh seliaan Majlis Daerah Ranau. Dalam pertemuan itu turut dikemukakan ialah beberapa kelebihan dan manfaat kepada penduduk Taman Saujana Kinabalu apabila berada di bawah Majlis Daerah Ranau.

Di samping itu beberapa isu seperti tempat pembuangan sampah, perparitan, kebersihan dan masalah haiwan luar yang berkeliaran di kawasan Taman Saujana Kinabalu juga telah dibincang.

“Sebagai mewakili semua penduduk di Taman Saujana Kinabalu, kami mohon agar pengambilalihan pengurusan Taman Saujana Kinabalu di bawah seliaan Majlis Daerah Ranau mendapat perhatian segera untuk keselesaan para penduduk di sini.” Katanya.

“Walaupun belum berada di bawah seliaan sepenuhnya di bawah Majlis Daerah Ranau sebelum ini tetapi atas keprihatinan pihak berkenaan, beberapa kemudahan penduduk seperti pemasangan lampu di lorong-lorong utama dan pemasangan bonggol (Bumper Speed) di semua kawasan telah pun dibina. Kami amat bersyukur dan berterimakasih.” Katanya.

Sementara itu beliau turut mengharapkan semua penduduk Taman Saujana Kinabalu agar sentiasa memberikan kerjasama dan penglibatan dalam apa juga program yang dirancang oleh pihak Komuniti Rukun Tetangga.

“Saya mohon terutama semua pemilik asal rumah di Taman Saujana Kinabalu sentiasa peka terhadap apa juga program Komuniti Rukun Tetangga supaya dapat menyampaikan maklumat kepada penyewa masing-masing. Kita sedang mengemaskini pemilik asal dan para penyewa di setiap kawasan. Mana-mana yang belum ada dalam ‘group whatsapp’ kita akan masukkan supaya mereka sentiasa mendapat maklumat dan arahan terkini daripada pihak Ahli Jawatankuasa Tertinggi Komuniti Rukun Tetangga.” Katanya lagi.

Dalam kunjungan itu beliau yang turut diiringi Timbalannya, Fred Tuh Yit Yu, Syumaimah Yahaya (Setiausaha) dan Samsiah Mamat (Bendahari) telah menyampaikan cendera kenangan dan cenderahati kepada Jupirin bagi menghargai keprihatinan pihak Majlis Daerah Ranau kepada penduduk Taman Saujana Kinabalu.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN