27 C
Kota Kinabalu
Khamis, Januari 23, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Kumpulan Lantera Bayu SMJK Ken Hwa Keningau muncul johan Pertandingan Pidato 3D Peringkat Kebangsaan

Kumpulan Lantera Bayu SMJK Ken Hwa, dari kiri: Alexandra Emery, Divesya A/L Subramaniam dan Lim Xin Er.

KENINGAU:Kumpulan Lantera Bayu dari Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMJK)Ken Hwa Keningau Sabah muncul sebagai johan Pertandingan Pidato Tiga Dimensi Peringkat Kebangsaan 2022 anjuran Dewan Bahasa Dan Pustaka (DBP).

Lantera Bayu diwakili oleh Alexandra Emery, Divesya A/L Subramaniam dan Lim Xin Er.

Naib johan dalam pertandingan  pidato dilaksanakan secara dalam talian ini disandang oleh kumpulan SMK Zon R1 Wangsa Maju Setapak Kuala Lumpur dan tempat ketiga jatuh kepada kumpulan Serikandi Semerak SMK Merapok Lawas Sawarak.

Sementara itu tiga kumpulan terdiri daripada kumpulan Seri Gading SMK Taman Sri Muda Selangor, kumpulan KS Pintar SMK Bandar Baru Sungai Long Sarawak dan kumpulan 0507 SMK Kampung Teori Sungai Petani Kedah.

Pertandingan Pidato Tiga Dimensi disertai oleh pelajar Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMJK) dan sekolah menengah Kebangsaan (SMK) di seluruh negara.

Setiap pasukan haruslah terdiri daripada tiga orang berlainan bangsa, kaum ataupun etnik. 

Bagi Pasukan SMJK Ken Hwa ahlinya terdiri daripada bangsa Kadazan, India dan Cina.

Pertandingan pidato ini dilaksanakan secara dalam talian dalam dua peringkat iaitu peringkat saringan dan peringkat akhir.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN