33 C
Kota Kinabalu
Jumaat, Mei 23, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

KUMPULAN ATAMA SK KIROKOT MUNCUL JUARA KARNIVAL PERINGKAT KEBANGSAAN 2021

JUARA…..Gambar poster kumpulan ATAMA SK.Kirokot Ranau.

RANAU: Kumpulan ATAMA dari Sekolah Kebangsaan (SK) Kirokot di sini, muncul juara Karnival Kumpulan Inovatif Dan Kreatif Profesionalisme Kebangsaan 2021 yang dipertandingkan secara Online baru-baru ini.

Program itu  merupakan anjuran Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bahagian Profesionalisme Keguruan.

ATAMA dalam bahasa Dusun  bermakna ‘Berani’ bersaing, ditubuhkan pada 2020 di sekolah itu bimbingan jurulatih utama dan
selaku Penyalaras STEM SK.Kirokot, Hallsen Justin yang juga Guru Ikon Inovasi Pendidikan daerah Ranau 2021.

Kumpulan itu yang mengetengahkan  Inovsi bertajuk Mathematics  Recreational Games For Learning mengetepikan  30 pasukan lain daripada 169 pasukan sekolah seluruh negara, 101  pasukan yang layak  ke peringkat saringan dan 30 pasukan Terbaik pada peringkat bakhir.

JUARA…..Gambar poster kumpulan ATAMA SK.Kirokot Ranau.

Pasukan ATAMA menerima hadiah RM3 ribu ringgit, sebuah piala rebutan dan Sijil Pengiktirafan  Tertinggi (SPT).

Guru Besar, SK.Kirokot,  Michael Bahinding ketika ditemui, berasa gembira dan mengucapakan syabas serta tahniah kepada guru-guru terlibat secara langsung menyertai dan memenangi pertandingan itu yang telah mencipta nama baik sekolah, Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Ranau dan Jabatan Pendidikan  Negeri (JPN).

“Pihak sekolah merakam penghargaan atas kjayaan itu yang dibarisi guru-guru dan ibu bapa berpengalaman dan  berinovasi”, tambah Michael.

Kumpulan pembentang  kumpulan ATAMA dianggotai Cikgu Hallsen Justin, Indro Ebin (guru Matematik), Juhidin Bin Jukilin (guru Pemulihan Khas Matematik) dibantu dua ibu, Hazeley Kison bersama Utayaim Bokinal.

Kejayaan lain yang disandang SK.Kirokot  2021 ialah, Gold Medal World Youth Invantion and Innovation Award Indonesian Young Scientists Association (IYSA) in colloberation with  Universitas Negeri Yogyakarta dan Silver Medal Indonesia World Science Engineering Compatition.

               

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN