30 C
Kota Kinabalu
Khamis, Jun 20, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Kuarters kakitangan kerajaan dibawah jagaan JKR akan diselanggara- Robert Tawik

Robert (tiga dari kanan) bersama Haji Kamaluddin dan rombongan semasa melawat rumah.kediaman rasmi Pegawai Daerah Keningau.

KENINGAU:Pembantu Menteri Kerja Raya Datuk Robert Tawik @ Nordin meminta supaya rumah-rumah kediaman atau perumahan kakitangan kerajaan dibawah jagaan Jabatan Kerja Raya (JKR) diselanggarakan.

Robert yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri  (ADUN)Bingkor berkata, terdapat banyak rumah di kawasan perumahan pegawai dan kakitangan kerajaan sudah sekian lama tidak diselanggarakan.

Beliau berkata demikian kepada wakil Borneo Daily Bulletin selepas melawat rumah kediaman Pegawai Daerah Keningau di sini pagi tadi.

Menurut Robert, rumah kediaman rasmi Pegawai Daerah itu adalah menjadi keutamaan memandangkan ia sudah lama tidak diselanggarakan.

“Rumah kediaman rasmi Pegawai Daerah perlu diselanggarakan dengan segera kerana ia merupakan kediaman ketua pentadbir di daerah ini” katanya.

Jelasnya, penyelanggaraan rumah tersebut akan dilaksanakan dalam masa terdekat.

Pada hari yang sama Robert turut melawat bangunan sekolah  SJK (C) Cheng Meng dekat sini.

Turut sama dalam lawatan itu Timbalan Pengarah Sektor Bangunan Jabatan Kerja Raya Sabah Haji Kamaluddin Haji Ag Abas dan Jurutera Bahagian Zulkefli Salip Arjud.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN