27 C
Kota Kinabalu
Jumaat, April 19, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

KRT punyai peranan penting sebagai ‘Mata dan Telinga’ kerajaan

Para peserta Konvoi sempat merakam gambar bersama Datuk Jonathan (tengah) sebelum bertolak ke Kg.Bitoon Ranau.

RANAU:  Jawatankuasa dan ahli Kawasan Rukun Tetangga (KRT) punyai peranan penting sebagai ‘Mata dan Telinga’ kerajaan dalam usaha pewujukan masyarakat sesebuah kampung sentiasa bersatu-padu, aman dan harmoni juga mempastikan kemajuan dan keselamatan komuniti menerusi kerjasama dengan JPKK disesebuah kampung.

Timbalan Menteri Dalam Negeri II, Datuk Jonathan Yasin berkata,  antara objektif penubuhan KRT pada 1975 adalah mewujudkan keharmonian dan perpaduan menerusi musawarah menyelesaikan sebarang perbezaan dikalangan penduduk agar sentiasa dalam keadaan harmoni.

“Menerusi KRT mampu memupuk kestabilan, perpaduan dan persaudaraan pelbagai kaum menerusi program atau aktiviti bersama seperti yang diadakan pada hari ini”,jelas Datuk Jonathan yang juga Ahli Parlimen P.179 Ranau,, ketika berucap merasmikan Program Konvoi Kembara Uniti Keluarga Malaysia KRT Kundasang dan Ranau  dari Kompleks Sukan Ranau menuju ke Kg.Bitoon Ranau pada Ahad.

“Kita mengharapkan program ini dapat menyemarakan lagi suasana sambutan Bulan Kemerdekaan yang kita rai bersama di seluruh negara pada 31 Ogos 2022.

‘Saya mengharapkan agar aktiviti yang telah dirancang berjalan dengan lancar serta teratur dan moga selamat pergi dan balik semula ke kampung masing-masing”, tambah Datuk Jonathan.

Hadir sama pada majlis pelepasan  lebih 100 orang peserta berkenderaan itu ialah Penolong Pegawai Daerah Ranau (Pembangunan), Hasinin Bin Kinsim, Penolong Pegawai Perpaduan daerah Ranau, Mohd.Alrizan Arif Asali dan Ketua-Ketua@Pengerusi KRT yang mengambil bahagian.

            

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN