MAZIDI Rosli (kanan) menerima cenderamata daripada Josep Chong.
LABUAN: Seramai 15 orang Komuniti Rukun Tetangga (KRT) Pekan Manggatal telah mengadakan lawatan ramah mesra ke Wilayah Persekutuan Labuan selama 3 hari untuk melaksanakan beberapa program di wilayah ini baru-baru ini.
Salah satu pengisiannya ialah Program Malam Mesra bersama KRT Taman Perumahan Layang Layangan dengan kerjasama Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN), WP Labuan.
Tujuan utama program ini ialah untuk mengeratkan silaturahim KRT Tanah Besar Sabah dengan KRT di W.P Labuan.
AJK KRT Pekan Manggatal dan KRT Taman Perumahan Layangan bergambar kenangan.
Turut hadir Penolong Pengarah JPNIN WP Labuan, Suriani Yussop, Pengerusi KRT Pekan Manggatal, Josep Chong dan Pengerusi KRT Taman Perumahan Layangan, Mazidi Rosli.
Suriani berkata, program seperti ini sangat dialu-alukan untuk KRT bertukar-tukar pendapat dan mengenal erti perpaduan.
āJPNIN amat mengalu-alukan program yang menjurus ke arah pemantapan perpaduan kaum.
āPada masa sama, penduduk tempatan boleh mempromosikan produk pelancongan kepada rakan mereka,ākatanya.
Pada program itu juga, KRT Taman Perumahan Layangan menyediakan makanan tradisi etnik Kedayan iaitu Bubur Banging untuk dinikmati tetamu dan warga KRT yang hadir.