Thomas (kiri) menyampaikan cenderamata kepada Datuk Jonathan.
RANAU: Komuniti Rukun Tetangga (KRT), Kospen, Jawatankuasa Pembangunan Komuniti Kampung (JPKK), Perpustakaan Daerah dan Perpustakaan Desa di sesebuah kampung merupakan antara tunjang utama mewujudkan kemajuan, Kesihatan dan Keselamatan penduduk sesebuah kampung.
Timbalan Menteri Dalam Negeri II merangkap Ahli Parlimen Ranau, Datuk Jonathan Yasin berkata, semua pihak punyai peranan dan tanggungjawab malah menjadi ‘Mata Dan Telinga’ kerajaan memastikan Keselamatan dan Kemajuan dalam sesebuah kampung tercapai.
“Dengan adanya semua itu maka keharmonian dan keselamatan penduduk juga akan terjamin, dan memudahkan pihak kerajaan menyalurkan projek infrastruktur demi faedah rakyat akan mudah dilaksana”, jelas Datuk Jonathan ketika berucap merasmikan Majlis Hari Keluarga KRT, Kospen dengan Kejasama JPKK dan Perpustakan daerah Ranau di Dewan Mini Kg.Sinarut Baru Ranau pada Sabtu.
GIMIK….Jonathan (lima kanan) bersama yang lain ketika melancarkan Kempen Anti Merokok.
Datuk Jonathan turut memuji KRT Kg.Sinarut Baru atas kejayaan program yang julungkali diadakan itu yang bertemakan ‘ Komuniti Sihat, Komuniti Harmoni’ juga mampu mewujudkan permuafakatan di kampung berkenaan tanpa membezakan agama, kaum dan idologi politik.
Beliau menjelaskan pihak Parlimen Ranau akan sentiasa bekerjasama dalam aspek yang difikirkan perlu demi memberi menfaatkan kepada komuniti”, jelas Jonathan yang turut melancarkan “Kempen Anti Merokok’ peringkat Kg.Sinarut Baru.
Pelbagai acara telah diadakan sempena majlis tersebut termasuklah sukaneka, pameran, pemeriksan kesihatan, pemeriksaan Pangkal Rahim dan banyak lagi.
Turut berucap ialah, Pengerusi Jawatankuasa penganjur, Thomas Leong dan Pengerusi JPKK Kg.Sinarut Baru, Walter James Tan sementara hadir sama ialah, Pegawai Perubatan Klinik Kesihatan Ibu dan Anak (KKIA) Ranau, Dr.Nurul Fatiha Azman bersama para kakitangannya serta puluhan penduduk setempat.