30 C
Kota Kinabalu
Khamis, Jun 20, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

KRT Bandar anjur Program  Perayaan Perpaduan 2023

SIMBOLIK…. Simsudin (tengah bersongkok) bersama tetamu  khas yang hadir memotong kek sebagai simbolik perasmian Program Perayaan Perpaduan 2023.

LABUAN:  Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Bandar telah menganjurkan Program Perayaan Perpaduan 2023  melibatkan masyarakat pelbagai  etnik yang diadakan di  Tiara  Hotel Labuan, pada malam Sabtu. 

Program yang turut mendapat kerjasama Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) Labuan telah dirasmikan oleh Timbalan Pengerusi Perbadanan Labuan, Simsudin Sidek mewakili Pengerusi Perbadanan Labuan, Tan Sri Anifah Aman.

Menurut Pengerusi Penganjur, Tan Soon Kiat, sebanyak 20 buah KRT yang terdapat di pulau ini telah  menyertai program tersebut.

Tan berkata, Program Perayaan Perpaduan 2023  merupakan kesimbungan daripada Program ‘The Most Number Of Traditional Dances In A Single Event’ yang menampilkan  60 jenis tarian tanpa henti dan paling ramai penyertaan sehingga berjaya dicatatkan dalam ‘Malaysia Book Of Record pada 1 Mei 2019

Sementara itu, Simsudin  berharap pelaksanaan program ini akan dapat mengukuhkan lagi semangat perpaduan melalui pelbagai aktiviti  yang membabitkan semua kaum.

“Dengan adanya  sambutan pelbagai  perayaan ini,  kita akan bukan sahaja  dapat membina kefahaman dan rasa hormat dalam kalangan masyarakat tetapi juga   memberi manfaat kepada seluruh rakyat Malaysia  khususnya warga Labuan” katanya.

Pelbagai aktiviti menarik telah diadakan sepanjang program itu berlangsung yang melibatkan persembahan tarian tradisional  kebudayaan masyarakat etnik seperti Kadazan, Dusun, Iban, Cina, India, dan  Kadayan yang terdapat di pulau ini.

Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan, Rithuan Mohd Ismail, Pengarah JPNIN Labuan, Esther Dingkawan dan Pengarah Jabatan Penerangan Labuan, Azman Sipan.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN