31 C
Kota Kinabalu
Ahad, Julai 14, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Kronologi Kes Pembunuhan Kejam Ketua Jururawat, Lelaki Nigeria Dihukum Gantung Sampai Mati

Foto- Sinar Plus

KES bunuh ketua jururawat Siti Kharina Mohd Kamaruddin, 40, meraih tumpuan warga maya pada Mei 2019.


Kes tersebut menggemparkan negara susulan penemuan mayat dalam keadaan menyayat hati.

Siti Kharina yang bertugas sebagai ketua jururawat di Hospital Serdang dipercayai tinggal berjauhan bersama suami dan tiga orang anak berusia 10 hingga 14 tahun ketika itu .


Tiada siapa menyangka kehadirannya di hospital pada 8 Mei 2021 adalah yang terakhir sebelum ditemui tidak bernyawa dalam keadaan tragis dengan kesan calar pada leher, kepala dan dada di sebuah kondominium di Cyberjaya.


Sebelum pembunuhan, Siti Kharina dipercayai telah mengenali pembunuhnya, seorang lelaki warga Nigeria, Alowonle Oluwajuwon Gilbert, 38 menerusi media sosial sejak beberapa tahun lalu.

Gilbert membunuh Siti Kharina di sebuah unit Kondominium Third Avenue, Cyberjaya antara jam 12.41 pagi, 9 Mei 2019 hingga jam 2.30 petang, 15 Mei 2019.

Semalam, Hakim Datuk Ab Karim Ab Rahman menjatuhkan hukuman gantung sampai mati terhadap Gilbert selepas mendapati pihak pembelaan gagal membuktikan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.

Mangsa ditemui tidak bernyawa dalam keadaan tragis dengan kesan calar pada leher, kepala dan dada .-Foto: Sinar Plis

Dalam penghakimannya, Ab Karim berkata, kenyataan tertuduh bahawa dia sudah meninggalkan kediaman mangsa pada 8 Mei 2019 adalah bertentangan dengan bukti rakaman kamera litar tertutup di Kondominium Third Avenue, Cyberjaya, yang merakam kelibat tertuduh pada keesokan hari.

“Maka kenyataan tertuduh bahawa beliau tidak lagi bersama mangsa pada 8 Mei 2019 dan sudah meninggalkan kediaman itu hanyalah semata-mata penafian,” katanya.

Selain itu, pihak pembelaan juga tidak mempertikaikan baju dipakai tertuduh pada hari kejadian yang mempunyai kesan darah dan asid deoksiribonukleik (DNA) milik mangsa.

Namun, katanya, mahkamah membenarkan penangguhan hukuman itu sehingga selesai keputusan rayuan pihak pembelaan di Mahkamah Rayuan. –Sinar Plus

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN