Kristine Hermosa, Aktres Yang Kekal Cantik Walaupun Kini Hamil Anak Kelima

Kristine Hermosa, Aktres Yang Kekal Cantik Walaupun Kini Hamil Anak Kelima

17/07/2021 Off By Admin

Mesti ramai yang masih ingat drama bersiri ‘Pangako Sayo’ dimana Kristine Hermosa membawakan watak sebagai heroin yang telah digandingkan bersama pelakon kacak, Jericho Rosales

Keserasian mereka berdua sememangnya sangat mantap sehinggakan drama tersebut sentiasa ditunggu-tunggu oleh peminat. Drama tersebut telah ditayangkan pada sekitar tahun 2000.

Kristine Hermosa Orille-Sotto atau lebih dikenali sebagai Kristine Hermosa yang dilahirkan 19 September 1983 adalah berdarah kacukan Sepanyol-Filipina. Ibunya, Maria Alma adalah dari keturunan Sepanyol manakala bapanya, Maximilian Orille adalah warganegara Filipina.

Dia adalah anak kedua dari empat orang adik beradik. Walaupun usianya kini sudah memasuki 38 tahun, namun kejelitaannya tetap kekal malah tidak langsung dimamah usia. Dia juga dikatakan mewarisi kecantikan ibunya.

Bakat lakonan Kristine Hermosa mula dikesan sejak usianya 12 tahun dan dia semakin dikenali sehingga kini dan sangat terkenal bukan sahaja di Filipina bahkan juga di kebanyakan negara Asia termasuk juga Malaysia. Siapa sahaja yang tidak mengenali pelakon cantik jelita, Kristine Hermosa.

Kristine yang telah mendirikan rumahtangga pada 21 September 2004 dengan seorang pelakon, Diether Ocampo tetapi perkahwinan mereka berakhir dengan penceraian pada 30 Januari 2009 setelah lebih kurang 5 tahun bersama dan mereka tidak dikurniakan cahaya mata.

Bahagia bersama keluarga

Pada 11 Januari 2011, Kristine sekali lagi mendirikan rumahtangga dengan seorang pelakon kacak dan pengacara, Oyo Sotto dan mereka dikurniakan 4 orang cahaya mata.

Kini Kristine Hermosa sedang hamil anak kelima dan mereka bakal menimang cahaya mata  yang kelima tidak lama lagi.

Anak sulung Kristine adalah anak angkatnya namun mereka tidak pernah membeza-bezakan kesemua anak mereka dan kasih sayang yang diberikan juga sama.

Walaupun dalam keadaan sedang hamil, namun wajahnya tetap cantik dan manis. -Murai.com