Jonathan dan rombongannya bersama menyambut Krismas dengan Umat SIB Pekan Ranau
RANAU: Rumah Terbuka Krismas menjadi jambatan persahabatan dan perpaduan antara rakyat berbilang kaum, agama dan ideologi politik selaras dengan matlamat masyarakat madani.
Walaupun tarikh 25 Disember setiap tahun menandakan sambutan Krismas bagi mereka yang beragama Kristian, budaya kunjung-mengunjungi antara saudara mara dan pemimpin masyarakat akar umbi belum berakhir dan akan berterusan sehingga tahun 2026.
Oleh itu, suasana perayaan, keharmonian dan semangat persaudaraan masih utuh dan berterusan dalam kalangan penduduk daerah Ranau yang masih mengadakan Rumah Terbuka Krismas yang dijangka berakhir pada 31 Disember.
Di Ranau, budaya kunjung-mengunjungi sepanjang sambutan Krismas masih berterusan dan dikunjungi oleh pemimpin termasuk Menteri Kewangan Sabah yang juga ADUN Karanaan, Datuk Seri Masidi Manjun, Ahli Parlimen P179 Ranau, Datuk Jonathan Yasin dan ramai lagi.
Suasana menjadi lebih meriah dengan acara berjabat tangan, saling mengenali dan menikmati hiburan seperti koir Krismas, lagu melalui Karaoke dan tarian kebudayaan yang menyaksikan kegembiraan orang ramai termasuk tetamu jemputan.
Di kawasan ini, bukan sahaja sambutan Krismas meriah dengan pelbagai hiburan, malah ia juga menjadi lebih meriah apabila terdapat pasangan yang mengadakan majlis perkahwinan mereka.
Ramai yang menyifatkan suasana Hari Krismas sebagai pencetus keamanan antara pelbagai suku kaum walaupun berbeza agama dan budaya.
Mereka yang dapat bertemu berkata suasana sedemikian harus dikekalkan seperti sambutan Hari Raya, Perayaan Kaamatan, Tahun Baru Cina, Deepavali, Hari Gawai dan banyak lagi.
Juteru, suasana keamanan dan keharmonian antara kaum di Malaysia perlu dipelihara selaras dengan konsep masyarakat bertamadun.



