26 C
Kota Kinabalu
Ahad, April 14, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

KPVKMS selesai adakan mesyuarat ALK selepas mendapat kelulusan pendaftaran SKM

ALBUM…Biyazid (depan dua kanan) bersama Jawatankuasanya.

SEMPORNA : Koperasi Permuafakatan Veteran Komando Malaysia Sabah Berhad (KPVKMS) telah melaksanakan Mesyuarat Anggota Lembaga Koperasi (ALK) dan seterusnya pemilihan ALK selepas mendapat kelulusan pendaftaran daripada Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) diadakan di D’Tampi Homestay di sini baru-baru ini.

Koperasi PVKMS melantik Mejar (Bersara) Biyazid Reduan sebagai Pengerusi koperasi, manakala jawatan Timbalan Pengerusi disandang oleh, Abdul Masik Kabbul.

Dalam pemilihan itu, Mad Sarip Saleh dilantik sebagai Setiausaha, manakala Amir Hamzah Hj Kannaung dilantik sebagai Bendahari, Ahli-ahli Lembaga Koperasi yang lain ialah, Mohd Arbi Sabadari dan Ladjahirin Muslimin.

Dalam mesyuarat tersebut turut merancang projek seperti Perkhidmatan Kontrak Mengangkut Buah Kelapa Sawit, Sektor Pertanian dan Penternakan serta projek dengan berkerjasama dengan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) dan syarikat pelaburan dari Semenanjug Malaysia, Wilayah Persekutuan Labuan dan Sarawak.

Biyazid berkata, barisan ALK akan terus berazam untuk berusaha memastikan koperasi itu menjadi sebuah koperasi yang berjaya di negara ini dengan pelaksanaan pelbagai projek berdaya saing.

“ALK juga hendaklah sentiasa merujuk kepada Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) untuk mendapatkan khidmat nasihat dan pencerahan yang berkaitan dengan undang-undang sebelum melaksanakan sesuatu perkara yang lain daripada perkara-perkara rutin dan bijak mencari sumber pendapatan yang baharu.

“Kebergantungan kepada satu sumber pendapatan tidak akan membantu untuk koperasi terus berkembang,” ujarnya.

“Jatuh kami bukan sendaan, bangun kami jadi ikutan”, jelasnya mengakhiri ucapan penangguhan Mesyuarat.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN