26 C
Kota Kinabalu
Rabu, Januari 15, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

KPMKR komited mereformasi tadbir urus kearah perkhidmatan efisien: Flovia

Flovia Ng (ketiga kanan) mewakili James Ratib, bergambar sebagai kenangan bersama, SUT KPMKR, Maria Chong (ketiga kiri), Timbalan Pengarah (Pencegahan) SPRM Sabah, Alexander S. Kunghi, Pengarah JPKA, Jais Asri (kanan), Pengarah JHEWA, Hjh Haslina Ismail (kedua kiri) dan wakil Bahagian Integriti & Governans Negeri Sabah, Andrea Abidin. (Kiri) selepas majlis pelancaran pada Isnin.


KOTA KINABALU: Kementerian Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat (KPMKR) komited dalam mereformasi tadbir urus dan menyediakan sistem penyampaian perkhidmatan yang efisien dan telus (transparent).


Pembantu Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat (KPMKR), Datuk Flovia Ng berkata, antara inisiatif di peringkat kementerian adalah penyediaan Pelan Anti Rasuah Organisasi (OACP) KPMKR .


Pelan tersebut, katanya, akan dikemaskini pada penghujung tahun ini agar ianya sentiasa selari dengan hala tuju kementerian.


“Di peringkat jabatan, JPKA dan JHEWA juga telahpun menyediakan OACP masing-masing. Tahniah diucapkan kepada kementerian, JPKA dan JHEWA atas inisiatif murni dan komitmen yang tinggi bagi menyediakan OACP masing-masing.


“Saya berharap seluruh warga KPMKR dan jabatan/agensi di bawahnya agar sentiasa memartabatkan amalan bebas rasuah di dalam pengurusan organisasi dan pelaksanaan projek pembangunan.


“Tanggungjawab yang diamanahkan hendaklah dilaksanakan dengan sepenuh hati dan ketepikanlah kepentingan peribadi. Budaya kerja cemerlang, bersederhana dan berintegriti akan menjadi asas kepada peningkatan imej dan produktiviti kementerian,” katanya.


Flovia yang juga merupakan Adun Tulid berkata demikian semasa merasmikan Minggu Integriti KPMKR yang diadakan di Ruang Legar, Tingkat Bawah Wisma Tun Fuad Stephens pada hari Isnin.

Sebahagian warga KPMKR merakam gambar pada majlis itu

Program ini merupakan program tahunan dan tahun ini adalah kali ke empat ianya dilaksanakan. Antara objektifnya ialah untuk membudayakan dan mengukuhkan nilai integriti di kalangan seluruh warga KPMKR dan Jabatan-Jabatan serta Agensi-Agensi di bawah KPMKR secara berterusan.


“Terima kasih dan penghargaan saya kepada Setiausaha Tetap KPMKR di atas penghormatan yang diberikan kepada saya untuk melancarkan Minggu Integriti Kementerian yang bermula pada hari ini 12 sehingga 16 Ogos dan bertemakan “KESEDERHANAAN TERAS INTEGRITI”.


“Tahniah juga saya ucapkan kepada Jawatankuasa Pelaksana di atas komitmen dan kerjasama padu di dalam menjayakan Minggu Integriti KPMKR dengan kerjasama jabatan dan agensi. Saya difahamkan bahawa sambutan Minggu Integriti ini juga disiarkan melalui aplikasi zoom dan secara “live” untuk membolehkan warga kementerian dan jabatan-jabatan/agensi kementerian yang tidak dapat hadir secara fizikal turut serta pada sesi pagi ini,” katanya.


Menurut Flovia, pemilihan tema “KESEDERHANAAN TERAS INTEGRITI” ini adalah selaras dengan pendekatan kementerian untuk memastikan pelaksanaan program dan majlis serta perbelanjaan dilaksanakan secara sederhana selaras dengan hasrat kerajaan untuk mengoptimumkan perbelanjaan.


Pendekatan ini, katanya, secara tidak langsung akan menerapkan pembudayaan integriti dan menjadikan anggota kementerian lebih telus dan jujur dalam melaksanakan tugas.


“Beberapa program telah dirancang sepanjang Minggu Integriti ini seperti ceramah integriti, program Integrity Social Responsibility (ISR), pertandingan koir dan sebagainya dengan objektif untuk memberikan pendedahan dan kesedaran kepada warga kementerian dan jabatan/agensi kementerian tentang kepentingan integrity penjawat awam perkhidmatan awam dan meningkatkan kepercayaan serta keyakinan masyarakat terhadap kerajaan.


“Sehubungan itu, saya sangat berharap agar semua warga kementerian dan jabatan/agensi akan memberikan komitmen terhadap program-program yang akan dilaksanakan sepanjang Minggu Integriti ini,” katanya.


Flovia turut mengambil kesempatan merakamkan sekalung penghargaan kepada pihak SPRM Sabah dan BIGONS yang sentiasa menyokong usaha mencegah amalan rasuah bersama kementerian KPMKR.


“Terima kasih kepada semua yang terlibat, komitmen kehadiran para jemputan dan kerjasama dari rakan-rakan strategik yang telah menyokong bagi menjayakan program ini,” jelas beliau.


Turut hadir, Setiausaha Tetap KPMKR, Maria Chong, Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Negeri Sabah, Datuk Karunanithy A/L Y. Subbiah, Wakil Ketua Bahagian Integriti dan Governans Negeri Sabah Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri, Andrea Abidin Madingkir, Pengarah Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am, Encil Jais Asri, Pengarah Jabatan Hal Ehwal Wanita, Hajah Haslina Ismail, Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sabah, Aminah binti Awang Besar, Timbalan-timbalan Setiausaha Tetap Kementerian, Wakil-wakil Ketua Jabatan Persekutuan, dan semua pegawai dan anggota KPMKR.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN