26 C
Kota Kinabalu
Rabu, Januari 15, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

KPLB Sabah akan terus melaksanakan projek tanpa menunggu RMK12.

OLEH: SALWAH ARAMAT

RANAU : Kementerian Pembangunan Luar Bandar Sabah (KPLB) akan terus melaksanakan pelbagai projek pembangunan kawasan luar bandar di negeri ini lebih awal dengan menggunakan peruntukan kewangan yang ada tanpa menunggu pelaksanaan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12).

Menterinya, Datuk Ewon Benedict berkata terdapat banyak keperluan mendesak melibatkan kemudahan infrastruktur Jalan Raya dan Bekalan Air Bersih untuk penduduk luar Bandar khususnya yang tinggal di kawasan pedalaman, akan terus diberi perhatian.

Ewon ketika berucap di majlis itu

“Kementerian saya akan terus melaksanakan projek infrastruktur itu demi kepentingan rakyat dengan menggunakan peruntukan kewangan yang ada tanpa menunggu RMK12”, jelas Ewon ketika berucap merasmikan Jasni Rijan (JR) Resort terletak 13 kilometer dari pekan Ranau dan 4 kilometer dari pekan Kundasang.

Menurut Ewon, kementeriannya telah dan akan melaksanakan projek infrastruktur untuk memberi manfaat komuniti luar bandar melibatkan kawasan pedalaman yang masih dahagakan pembangunan, termasuk kawasan Kota Marudu, Ranau, Pensiangan dan banyak lagi akan terus dibangunkan demi keselesaan dan keselamatan penduduk.

Jasni (kiri) menyampaikan cenderamata kepada Ewon

“Kementerian saya bukan ‘pilih kasih’ tetapi kita utamakan dahulu projek-projek infrastruktur luar bandar dengan menggunakan peruntukan yang terhad demi manfaat kepada komuniti luar Bandar”, katanya sambil memaklumkan KPLB akan memohon peruntukan kewangan kepada Kerajaan Pusat kerana peruntukan yang hanya berjumlah RM4.5 juta dan RM11.9 juta pada tahun 2019, belum mencukupi sedangkan kementerian menerima permohonan penduduk luar bandar memerlukan peruntukan mencecah RM60 Juta.

Beliau berkata, dengan sebab itu kementeriannya (KPLB) Sabah, memohon peruntukan RM10 juta lagi kepada kerajaan pusat, untuk melaksanakan pojek yang diperlukan penduduk khususnya warga Ranau dan Kundasang yang sering mengalami masalah jalan raya dan bekalan air bersih sejak berlaku Gempa Bumi pada tahun 2015.

Ewon (kedua kiri) menyempurnakan gimik perasmian

“Justeru kita akan salurkan kepada kementerian permohonan menaiktaraf jalan menuju ke resort ini demi keselesaan dan keselamatan pengunjung termasuk para pelancong dari dalam dan luar negeri.

“Kita sedar kawasan Ranau dan Kundasang merupakan antara destinasi pelancongan penting di Malaysia khususnya negeri Sabah, justeru bekalan air bersih dan jalan raya yang sempurna perlu disediakan”, tambah Ewon sebagai reaksi positif beliau terhadap ucapan aluan pemilik Resort, Jasni Rijan.

Sebahagian penginapan JR Resort

JR Resort menelan kos jutaan ringgit itu dengan keluasan tapak tanah 6 ekar, berhampiran Kg.Pinausuk Ranau, miliki panorama indah tersendiri berhawa dingin kerana berhadapan dengan Gunung Kinabalu, kini menyediakan bangunan penginapan menarik menenmpatkan 26 buah bilik sewa mampu milik, dengan pelbagai kemudahan asas seperti Bilik Air dengan peralatan pemanas air, Televisen LCD, kerusi meja tulis, katil dan tilam berkualiti tinggi menawarkan kos promosinya sehingga Jun tahun ini, ialah RM198 satu malam (Delux Twin Room) hingga RM328 satu malam (Executiive King room).

JR Resort Berlatar belakang Gunung Kinabalu

Anatara ratusan yang hadir pada majlis perasmian itu, ialah Penolong Pegawai Daerah Ranau, Yuesri Bin Yusoff, Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Paginatan, Mohd.Hisyamuddin Bin Harun, Ketua UMNO Ranau, Junaidi Bin Sahat, Pegawai Eksekutif Maybank Ranau, Patrick Angkoi dan ramai lagi.
T A M A T

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN