29 C
Kota Kinabalu
Sabtu, Februari 15, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

KPDNHEP siasat dan pantau isu harga tiket penerbangan domestik tinggi

GAMBAR: PANTAU…. Alexander (dua dari kii)  ketika melakukan lawatan walkabout Program  Jualan Malaysia di salah sebuah  premis  perniagaan  di Ujana Kewangan, pada Isnin.

LABUAN: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) akan menyiasat dan memantau  dakwaan  berkaitan isu kenaikan  harga tambang penerbangan domestik yang tinggi khususnya pada musim perayaan Aidilfitri.

Menterinya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, sekiranya dakwaan kenaikkan harga tiket penerbangan  itu didapati benar, maka tindakan boleh diambil di bawah Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011

“Di Peringkat KPDNHEP kita akan pantau kalau ada dalam bidang kuasa kita di bawah Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011,  maka tindakan boleh diambil” katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai isu kenaikkan harga tiket penerbangan domestik  dari Semanjung ke Sabah dan  Sarawak  khususnya pada musim perayaan Aidilfitri.

Terdahulu sebelum itu beliau telah mengadakan lawatan Walkabout  Program  Jualan Malaysia di Ujana Kewangan sempena lawatan kerja dua hari ke Labuan, pada Isnin.

Dalam pada itu , Alexander berkata, isu kenaikan tambang penerbangan secara sewenang-wenangnya dari Semenanjung ke Sabah dan Sarawak telah diketengahkan dalam pelbagai platform media sosial termasuk di akhbar.

“Saya juga difahamkan Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) dan Kementerian Pengangkutan (MOT) telah mengadakan sesi perbincangan dengan syarikat penerbangan  yang terbabit untuk mencapai persefahaman bagi menurunkan harga tambang penerbangan,” katanya.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN