Anggota Penguatkuasa dan anggota PPM ketika menemui enam tong drum berisi diesel di Pulau Enoe.
LABUAN:Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Wilayah Persekutuan Labuan menemui enam tong drum besi yang disorok di kawasan pendaratan Pulau Eneo di sini, pada Selasa.
Pengarah KPDN Wilayah Persekutuan Labuan, Junaidah Arbain berkata, kesemua drum yang ditutup dengan kanvas itu ditemui semasa Operasi Bersepadu Kops Tiris 4.0 dan Ops Taring Gelora Khas yang melibatkan anggota Penguatkuasa KPDN dan Pasukan Polis Marin (PPM).
“Hasil daripada siasatan drum yang disorokan itu mengandungi kira kira 1,000 liter minyak diesel ysng disyaki untuk penyelewengan”, katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Katanya, Kes disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 (Akta 122) dan nilai keseluruhan sitaan dianggarkan bernilai RM8, 500.
Dalam pada itu beliau menegaskan operasi bersepadu akan terus dipergiat bagi membanteras ketirisan subsidi dan aktiviti penyelewengan barang kawalan.



