29 C
Kota Kinabalu
Khamis, Januari 22, 2026
ADVERTISEMENTspot_img

KPDN Labuan tahan van bersama 70 liter diesel tanpa permit

Pegawai Penguatkuasa KPDN Labuan ketika menahan van bersama minyak diesel tanpa petmit

LABUAN: Pasukan Penguatkuasa KPDN Wilayah Persekutuan Labuan menahan sebuah van bersama 70 liter minyak diesel tanpa permit dalam Ops Tiris 2025 di sebuah tapak pembinaan, pada Selasa.

Menurut Pengarah KPDN Wilayah Persekutuan Labuan, Junaidah Arbain, van tersebut ditahan hasil pemantauan rapi oleh pihaknya di beberapa stesen minyak sekitar Labuan dalam Ops Tiris 2025.

“Hasil pemantauan mendapati pemandu van tersebut melalukan pengisian minyak diesel kedalam beberapa gelen di beberapa stesen minyak sebelum mengumpulkanya di lokasi tapak pembinaan berkenaan.

” Bertindak atas maklumat risikan, pihak penguatkuasa telah melakukan serbuan dan mendapati
pemandu, seorang lelaki tempatan, gagal mengemukakan sebarang permit kebenaran daripada KPDN berhubung pemilikan barang kawalan”, katanya dalam satu kenyataan Media di sini.

Beliau berkata, pemandu, van dan beberapa gelen berisi minyak diesel tersebut telah dibawa ke Pejabat KPDN WP Labuan untuk siasatan lanjut.

Tambahnya, kes disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 [Akta 122], yang memperuntukkan hukuman denda sehingga RM1,000,000 atau penjara tidak melebihi tiga (3) tahun, atau kedua-duanya sekali jika disabitkan kesalahan.

Bagi kesalahan yang dilakukan oleh syarikat, denda boleh mencecah sehingga RM2,000,000.

Junaidah berkata, KPDN Wilayah Persekutuan Labuan akan terus mempergiatkan tindakan pemantauan dan penguatkuasaan melalui Ops Tiris 2025 bagi membanteras aktiviti penyelewengan barang kawalan, khususnya bahan api bersubsidi, demi memastikan ketirisan dapat dicegah dan kepentingan pengguna sentiasa terpelihara.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN