28 C
Kota Kinabalu
Khamis, Jun 19, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

KPDN Labuan rampas 575 liter minyak Petrol Bersubsidi bernilai RM1,180.00

RAMPAS…. Dua pegawai penguatkuasa KPDN Labuan ketika melakukan serbuan keatas sebuah lori yang berisi tiga tong drum  minyak petrol bersudsidi.

LABUAN: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Labuan merampas kira-kira  575 liter minyak Petrol bersubsidi yang dianggarkan bernilai RM1,180.00  dalam satu  serbuan Ops Tiris  di sebuah jeti tanpa nombor, dekat sini pada Isnin.

Menurut Ketua Pegawai Penguatkuasa Negeri, KPDN Labuan, Amiluddin Malang, sepasukan  penguatkuasa KPDN Labuan telah menjumpai  dan menyita kira-kira  575 liter minyak petrol dalam tiga buah tong drum di atas sebuah lori disyaki cuba diseludup.

Turut ditahan dalam serbuan kira-kira jam 9 pagi itu seorang lelaki tempatan berusia 58 tahun yang dipercayai pemandu lori berkenaan bagi membantu siasatan.

 “Kami telahpun membuat risikan selama tujuh (7) hari sebelum  tangkapan dibuat” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Beliau berkata, kes   disiasat di bawah Seksyen 21 dan dibaca bersama Seksyen 20(1) Akta  Kawalan Bekalan 1961.

Amiluddin berkata, di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 (Akta 122), mana-mana individu yang disabit dengan kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM1 juta, manakala bagi kesalahan berikutnya tidak melebihi RM3 juta atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali. Bagi syarikat pula, jika sabit kesalahan boleh membawa hukuman denda tidak melebihi RM2 juta, manakala bagi kesalahan berikutnya tidak melebihi RM5 juta.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN