24.2 C
Kota Kinabalu
Isnin, Jun 23, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

KPDN Labuan hargai  sumbangan Media

Gambar: MESRA… Junaidah  (tengah) bersama rakan media yang diraikan dalam majlis makan tengah hari  sempena Majlis Apresiasi Media bersama KPDN

LABUAN: Pejabat Kementerian Perdagagan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Wilayah Persekutuan Labuan sangat menghargai sumbangan dan jasa  media di pulau ini khususnya dalam membantu jabatan itu menyalurkan maklumat penting kepada masyarakat Labuan.

Pengarahnya, Junaidah Arbain berkata, media Labuan telah memainkan peranan  penting sebagai platform  kepada KPDN bagi menyampaikan maklumat kepada masyarakat.

“Kita bersyukur kerana media di sini sangat membantu dan memberikan kerjasama yang amat baik dalam membuat liputan setiap program yang dianjurkan oleh KPDN dan ini secara langsung   membantu  dan memudahkan KPDN” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Apresiasi Media bersama KPDN  dan Kos Sara Hidup yang diadakan di Labuan International Golf Club (LIGC) dekat sini, pada Khamis.

Junaidah berkata,  KPDN Labuan akan terus menjalinkan kerjasama yang lebih erat bagi memastikan KPDN dapat menyalurkan maklumat yang tepat dan sahih kepada masyarakat.

“Melalui hubungan yang baik ini, ia dapat  membantu KPDN untuk  menyampaikan maklumat yang tepat mengenai keperluan  masyarakat di pulau ini’katanya.

Pada majlis itu, pengamal media diraikan dalam majlis makan tengah hari disamping menerima cenderahati sebagai tanda penghargaan KPDN kepada rakan media.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN