Haji Yazid (kiri)mewakili Robert menyampaikan sumbangan kepada Johari.
KENINGAU:Pembantu Menteri Kerja Raya Sabah Datuk Robert Tawik @ Nordin menghulurkan sumbangan kewangan Kepada Kotinjen Pasukan Golf Persatuan Sukan Dan Kebudayaan Perkhidmatan Pelajaran ( PSKPP) Sabah.
Sumbangan tersebut adalah untuk membiayai sebahagian kos pengurusan kotinjen Pasukan Golf yang akan menyertai Kejohanan Golf Majlis Sukan dan Kebudayaan Perkhidmatan Pelajaran Malaysia ( MSKPPM ) yang dijadual pada 3 hingga 10 Jun ini di Negeri Kelantan.
Sumbangan Robert yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Sabah ( ADUN ) N.40 Bingkor itu disampaikan oleh Haji Yazid Haji Mohd Hasnan Tawik @ Charles, mewakili Datuk Robert kepada
Pengurus Pasukan Golf Kotinjen Sabah Johari Sabin.
Johari merakamkan ucapan terima kasih kepada Datuk Robert atas sumbangan tersebut.
Katanya, dengan ada sumbangan tersebut, sudah tentu dapat membiayai kos pengurusan dan dapat meringankan bebanan kotijen Pasukan Golf PSKPP Sabah.
Terdahulu itu Datuk Robert juga telah menghulurkan sumbangan kewangan kepada Pasukan Bola Jaring PSKPP Sabah yang turut menyertai pesta tersebut.



