JUARA…. pasukan Kota Belud yang menjuarai kategori bawah 13 tahun menerima hadiah daripada Rithuan.
LABUAN: Pasukan Kota Belud bawah 13 Tahun muncul juara Pertandingan Bola Sepak Pekan Cup 2023 selepas menundukan pasukan Kota Kinabalu 1-0 dalam perlawanan akhir pertandingan itu di padang Sintetik, Kompleks Sukan Labuan, pada Ahad.
Dengan kemenangan itu, pasukan Kota Belud membawa pulang hadiah berupa piala rebutan dan piala iringan beserta medal dan sijil.
Sementara itu, pasukan bawah 13 tahun Kota Kinabalu yang terpaksa berpuas hati untuk bergelar naib juara menerima sebuah piala iringan dan medal.
Tempat ketiga dimenangi oleh pasukan Pensiangan selepas menewaskan pasukan Akademi Tunas Labuan 2-1.
Bagi kategori Bawah 11 tahun, johan dimenangi oleh MMT Keningau selepas menundukan Tab SAFA Bandaraya dengan jaringan 2-0 pada perlawanan akhir kategori Bawah 11 tahun.
Tempat ketiga dimenangi oleh pasukan Melawa FC selepas menewaskan Keningau 2-1 bagi perlawanan tempat ketiga dan keempat.
Sementara itu, bagi kategori Bawah 9 tahun pasukan Tabs SAFA Bandaraya Kota Kinabalu muncul juara selepas menewaskan Akademi Tunas Labuan 2-0, tempat ketiga dimenangi MMT Keningau dan keempat pasukan MIRURU.
Majlis penyampaian hadiah disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan, Rithuan Mohd Ismail.
Pertandingan yang dianjurkan oleh Persatuan Bola Sepak Labuan (LAFA) dengan kerjasama Jabatan Belia Dan Sukan (JBS) dan Kelab Pekan FC sempena sambutah Hari Wilayah Persekutuan 2023.
Turut terlibat dalam menjayakan pertandingan tiga hari itu ialah Perbadanan Labuan, PDRM, Jabatan Kesihatan, Angkatan Pertahanan Malaysia (APM) dan Jabatan Penerangan.
Sebanyak 36 pasukan yang melibatkan penyertaan dari Sabah, Brunei dan Labuan telah mengambil bahagian pada pertandingan dua hari itu.
Hadir sama, Presiden LAFA, Sophian Said dan Pengarah Jabatan Penerangan Labuan, Rasil Hajatil