CENDERAHATI….Chemat menyampaikan cenderahati kepada ACP Yusizzuddin sambil diperhatikan Augustine (kiri )
LABUAN: Pengerusi Persatuan Kontraktor G1, Chemat Mustapha menegaskan kepada ahli-ahlinya agar sentiasa mengutamakan integriti dan budaya bebas rasuah bagi menjaga imej persatuan dan kontaktor tempatan.
Katanya, tidak dapat dinafikan sektor pembinaan antara sektor yang dikenal pasti sebagai sektor tertinggi yang dikaitkan dengan rasuah, namun kegiatan itu boleh diatasi sekiranya ahli-ahlinya mengamalkan integriti dan anti rasuah.
“Persatuan Kontraktor G1 sedar amalan rasuah bukan sahaja memberi kesan kepada produktiviti dan kualiti kerja samada dalam industri binaan tetapi juga kepada kepada pihak berkepentingan di peringkat agensi-agensi kerajaan berkaitan” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Program Pendidikan dan Penyemaian Budaya Anti Rasyah 2021 anjuran Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Wilayah Persekutuan Labuan yang diadakan di Hotel Tiara dekat sini, pada Selasa.

KENANGAN…. Ahli Persatuan Kontraktor G1 yang menyertai program tersebut bergambar kenangan bersama Yusizzuddin (duduk enam dari kanan) dan Chemat (duduk lima dari kanan)
Jelas Chemat lagi, Persatuan Kontraktor G1 akan terus bekerjasama dengan SPRM dalam menerapkan kesedaran akan bahayanya amalan rasuah dan kebaikan meningkatkan ntegrity dikalangan kontaktor tempatan.
Majlis perasmian dan penutupan program tersebut disempurnakan oleh Pengarah SPRM Labuan, Penolong Pesuruhjaya Yusizzudin Mohd Yusof.
Sementara itu, pengisian utama program ialah sesi ceramah yang memfokuskan kepada Kesalahan Utama Akta Pencegahan Rasuah dan ‘Seksyen 17A Liabiliti Korporat’ masing masing disampaikan oleh Penolong Penguasa SPRM Labuan, Abang Azlanshah Abang Saufee dan Timbalan Pengarah SPRM Wilayah Persekutuan Labuan, Augustine S. Manson @David.