31 C
Kota Kinabalu
Rabu, Januari 14, 2026
ADVERTISEMENTspot_img

Konsert Malam Harmoni Tambunan 2025 tampil dengan persembahan ikonik

Infografik Konsert Malam Harmoni Tambunan 2025

TAMBUNAN: Konsert Malam Harmoni Tambunan 2025 bakal menggegarkan Dewan Terbuka Pisompuruan Square di sini pada 23 Ogos depan, bermula jam 5 petang, dengan menampilkan barisan artis terkenal tanah air dan bakat tempatan.

Bertemakan “Rentak Kasih, Irama Damai”, konsert itu akan mempersembahkan legenda rock tanah air, Datuk Ramli Sarip, kumpulan nasyid Rabbani, selain bekas vokalis Raihan, Nazrey Johani yang cukup dikenali dengan alunan dakwahnya.

Selain artis tersohor, konsert itu turut diserikan dengan penyertaan artis-artis tempatan yang berperanan mengangkat seni serta budaya masyarakat setempat.

Menurut Penasihat Program merangkap Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS), Datuk Jumain Abd Ghani, penganjuran konsert ini bukan sekadar hiburan semata-mata, malah menjadi medium memperkukuh silaturahim, menyemai kasih sayang dan menyampaikan mesej kedamaian melalui seni muzik.

Datuk Jumain Abd Ghani

“Konsert ini adalah wadah untuk kita bersama-sama merasai keindahan seni dalam suasana kekeluargaan dan keharmonian,” katanya.

Konsert anjuran Badan Dakwah Daerah Tambunan dengan kerjasama JHEAINS, Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) dan USIA Bahagian Tambunan itu dibuka secara percuma kepada orang ramai.

Masyarakat sekitar Tambunan dan daerah berdekatan dijemput hadir beramai-ramai bersama keluarga dan sahabat bagi memeriahkan malam penuh harmoni tersebut.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN