29.5 C
Kota Kinabalu
Khamis, Mac 27, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Konsert Ambang 2020, Pentas Budaya Ranau meriah.

OLEH: SALWAH ARAMAT

KONSERT Ambang Tahun 2020 peringkat daerah Ranau berlangsung meriah bersama ratusan pengunjung hadir sekitar Pentas Budaya di sini pada malam 31 Disember lalu.

GIMIK…Hisyamuddin memetik gitar akustik sebagai gimik perasmian sambil diperhatikan KAN Abidin dan Jamian

Pelbagai acara pentas mengisi ruang sementara menantikan detik 12 tengah malam termasuk persembahan artis-artis tempatan.

TURUT MENGHIBURKAN…Lydia Kalidin

Program anjuran Aliff Sounder & Production (ASP) itu turut digamatkan lagi dengan persembahan beberapa kumpulan Band dan Buskers tempatan terdiri kumpulan D’Appregeo Band, Blue Mountain Busker dan Pahlawan Asia Band,

Sebahagian pengunjung yang hadir

Konsert pada malam itu turut diserikan dengan persembahan deklamasi puisi yang disampaikan seorang penggiat sastera tempatan, Cikgu Mahmud Jahar.

CIKGU MAHMUD JAHAR… tampil mendeklamasi puisi

Hadir merasmikan konsert pada malam itu, Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Paginatan, Mohd.Hisyamuddin Harun mewakili ADUN Paginatan, Datuk Abidin Madingkir.

Hisyamuddin dalam ucapannya, memuji usaha ASP yang telah menganjurkan konsert tersebut malah berjaya menghimpunkan ratusan pengunjung dari pelbagai lapisan.

Menanti detik 12 tengah malam

Beliau menyifatkan program itu, sebagai landasan memupuk perpaduan sedia terjalin dikalangan masyarakat di daerah ini tanpa membezakan budaya, agama dan ideologi politik.

“Konsert seperti ini juga berupaya memupuk, mengetengah dan mencungkil bakat para belia beliawanis tempatan serta para penggiat seni muzik dan lagu untuk diketengahkan dalam konsert lebih global pada masa akan datang.

“Aktiviti muzik dan lagu boleh menjana pendapatan yang lumayan jika diusahakan secara bersungguh-sungguh dan yang utama ialah, menjadi benteng daripada melibatkan diri dengan pelbagai kegiatan sosial tidak bermoral seperti pengambilan dadah yang pastinya merosakkan masa depan”, tegas Hisyamuddin.

CENDERAMATA…Jamian(kiri) menyampaikan cenderamata kepada Hisyamuddin

Beliau seterusnya menyeru para belia-beliawanis di daerah Ranau supaya bijak memanfaatkan usia muda dengan mempertingkatkan ilmu kemahiran sebagai landasan memajukan diri demi kehidupan cemerlang mendatang.

”Para belia-beliawanis yang masih berusia muda perlu memperlengkapkan diri dengan kemahiran berfaedah, memandangkan mereka adalah harapan keluarga, masyarakat, bangsa dan negara pada masa akan datang”, tambahnya.

Salah satu persembahan kumpulan band… D’Appregeo Band

Turut berucap ialah Presiden ASP yang juga Pengerusi penganjur, Mohd.Jamian Abdul Manan manakala antara ratusan yang hadir ialah, Penolong Pegawai Daerah Ranau, Mohd.Yuesri Bin Ismail, Ketua Anak Negeri (KAN), Abidin Bin Sahat. Pengerusi Jawatankuasa Kemasyarakatan Dalam Bandar (JKDB), Tan Eng Sing.-TAMAT-

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN