Persembahan pentas oleh anak anak Tabika KEMAS.
LABUAN: Konsep Malaysia MADANI perlu dipupuk seawal usia kanak kanak kerana mereka bakal menjadi tunjang utama dalam membentuk dan memimpin kemakmuran negara.
Demikian kata Pengerusi Komuniti KEMAS Wilayah Persekutuan Labuan, Niswati Tarji ketika berucap merasmikan Majlis Sambutan Hari Kebangsaan perigkat Tabika dan Taska KEMAS Wilayah Persekutuan Labuan di dewan Arena Bukit Kuda, pada Khamis.
Beliau berkata guru KEMAS sentiasa komited melahirkan anak-anak bukan sahaja bijak dari segi akademik tetapi juga mempunyai nilai murni, disiplin dan jati diri sebagai anak Malaysia yang berdaulat.
Jelasnya, kerjasama KEMAS dengan guru-guru serta ibu bapa amat penting dalam memastikan kesinambungan Pendidikan dapat berjalan dengan baik.

Hajah Niswati ketika berucap
“Semangat perpaduan yang dipupuk sejak kecil akan menjadi benteng utama negara dalam menghadapi cabaran pada masa hadapan”, katanya.
Pada majlis itu, pelbagai aktiviti diadakan antaranya perarakan kontinjen perbarisan pelajar, bacaan ikrar oleh pelajar dan Pertandingan Pakaian Kebangsaan
Sementara itu, Pegawai KEMAS Daerah Labuan Gilbert Julian berkata pelbagai inisiatif diperkenalkan di Tabika dan Taska bagi memastikan kelestarian kualiti dan peranan Pendidikan awal kanak-kanak sentiasa relevan.
Gilbert berkats sambutan Hari Kebangsaan merupakan salah satu inisiatif menyokong perkembangan sahsiah dan rohani kanak-kanak di samping memupuk kemahiran membaca, menulis dan mengira.
“Aktiviti bertemakan bulan kebangsaan dimulakan sejak 1 Ogos lalu, melalui aktiviti yang menerapkan konsep belajar yang telah digariskan dalam Modul Patriotik KEMAS” katanya.



