31 C
Kota Kinabalu
Ahad, Oktober 6, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Kong : Pilihanraya Umum akan datang lebih mencabar dengan perubahan minda pengundi muda

Kong Soon Choi- Ketua Wiramuda STAR Sabah

MELAKA: Pilihanraya Umum akan datang lebih mencabar dengan perubahan minda pengundi muda yang lebih proaktif dan lantang menyuarakan pelbagai isu disamping berhadapan dengan ‘Perang Persepsi’ daripada golongan pengundi itu.

Menurut Kong Soon Choi yang juga Ketua Wiramuda Star Sabah, pengalamannya menyertai kempen dalam pilihanraya umum negeri Melaka mendapati trend perubahan minda pengundi muda semakin terserlah bila mana golongan itu tidak lagi menerima isu-isu lama yang masih dilaung-laungkan oleh pemimpin terdahulu.

“Kecenderungan golongan pengundi muda di PRN Melaka lebih kepada isu-isu nasional dan lokal yang mengutamakan majoriti kepentingan rakyat masa kini. Isu-isu lama yang masih gagal diselesaikan oleh pemimpin terdahulu nampaknya semakin tidak digemari”. Tegas Kong yang juga AJK Pemuda Perikatan Nasional Pusat.

Tambah Kong, golongan pengundi muda tidak muda terpedaya dengan janji-janji kosong pemimpin politik sebaliknya menuntut suatu pendekatan realisitik yang boleh memberi manafaat semua pihak.

Justeru itu, Kong yakin pengundi muda di Melaka antara golongan pengundi yang berkualiti dan boleh membuat pilihan terbaik khasnya kepada calon-calon muda yang mewakili Perikatan Nasional (PN) dalam pilihanraya umum negeri itu.

Rakyat negeri Melaka bakal membuang undi pada 20 November 2021 ini dalam Pilihanraya Umum Negeri Melaka. Perikatan Nasional (PN) menurunkan seramai 19 orang calon muda berusia sekitar 27 hingga 45 tahun dibeberapa kawasan Dun dan ditentang oleh calon-calon dari parti Umno, Pakatan Harapan (PH) dan Bebas.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN