27 C
Kota Kinabalu
Ahad, Februari 16, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Komuniti Belia Katolik St. Anthony Abbot Apin-Apin Bingkor ucap terima kasih kepada Robert

Robert menyampaikan sumbangan kepada Dorethy.

KENINGAU:Komuniti Belia Katolik (KBK) St. Anthony Abbot Apin-Apin Bingkor menyampaikan ucapan terima kasih kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)Binhkor Datuk Robert Tawik @ Nordin yang memberi sumbangan Kewangan kepada komuniti berkenaan.

Pengerusi KBK St Anthony Abbot Cik Dorethy Gibing berkata, komuniti amat berterima kasih atas kemurahan hati  Datuk Robert menghulurkan sumbangan tersebut. 

Katanya,  sumbangan yang diberikan itu akan digunakan sepenuhnya untuk aktiviti-aktiviti belia Katolik St Anthony Abbot.

“Kami sebagai belia amatlah bertuah mempunyai wakil rakyat yang begitu prihatin terhadap rakyat di kawasan Bingkor” katanya selepas menerima sumbangan itu.

Sementara itu Robert yang juga Pembantu Menteri Kerja Raya berharap, KBK St. Anthony dapat menjayakan program-program yang telah dirancang dengan baik.

Katanya, golongan belia adalah pelapis kepimpinan negara pada masa akan datang.

Justeru itu katanya, golongan belia pada hari ini perlu dibentuk berlandaskan ajaran agama yang dianuti masing-masing agar menjadi modal insan yang berkualiti dan berintegriti pada masa akan datang.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN