27 C
Kota Kinabalu
Jumaat, April 19, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Komuniti Belia Kampung Apin-Apin terima sumbangan jersi dan bola sepak

Sonja (kanan)mewakili Robert menyampaikan jersi dan bola sepak kepada Petrus

KENINGAU:Komuniti Belia Kampung Apin-Apin menerima sumbangan jersi dan bola sepak daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)Bingkor 

Datuk Robert Tawik @ Nordin.

Sumbangan disampaikan oleh kakitangan pejabat ADUN Bingkor Sonja Junaidi kepada Petrus @ Enggu Bin Matius bagi pihak Komuniti Belia kampung itu.

Terdahulu Kampung Umpason dan Sekolah Kebangsaan (SK)Bunsit masing-masing menerima sumbangan daripada Robert yang juga Pembantu Menteri Kerja Raya.

Sumbangan bagi Kampung Umpason adalah untuk pelaksanaan program gotong-royong pembersihan kawasan perkuburan kampung itu.

Sementara itu sumbangan bagi SK Bunsit untuk melengkapi keperluan bagi pengisian program sempena Bulan Kemerdekaan sekolah bersama PIBG bagi tahun 2022.

Sumbangan tersebut masing-masing disampaikan oleh Pemaju Mukim Apin-Apin  Dennis Joakim dan Kakitangan Pejabat ADUN Bingkor Rozelius Juanis kepada Ketua Kampung Umpason George Masiul dan Harold Amping bagi pihak SK.Bunsit.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN