24 C
Kota Kinabalu
Rabu, Disember 10, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Komitmen tugas anggota Rela Ranau dihargai masyarakat

GAMBAR….Yusin (dua kiri) bersama rakan sepasukannya menjalankan tugas di BSN Ranau.

0leh: JAINUDDIN NASIR

RANAU: Komitmen anggota Rela daerah ini dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab mereka amat disanjung tinggi masyarakat.

Ramai penduduk yang ditemui memuji keprihatinan pasukan Rela yang bukan sahaja membantu kerajaan melaksanakan  penguatkuasaan SOP bagi memutuskan rantaian Covid-19 malah membantu megawal lajur orang ramai yang berurusan dengan instiusi kewangan (bank), pasar besar, pasar raya dan sebagainya bertujuan agar orang ramai sentiasa mematuhi SOP termasuk penjarakan fizikal dan memakai pelitup separuh muka.

“Kami sentiasa menurut perintah bagi mengawal orang yang berurusan di bank ini”, jelas Ketua pasukan Rela Ranau, Yusin Lomontoi ketika ditemui bersama beberapa anggota Rela bertugas di BSN Ranau pagi tadi.

Yusin mengajak para anggota Rela daerah Ranau supaya dapat menjalankan tugas seperti yang di amanahkan.

Tinjauan penulis kelmarin, mendapati para anggota Rela bertugas di pelbagai lokasi di pekan Ranau termasuk  pasar besar, BSN, CIMB,AGRO, MAYBANK dan banyak lagi.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN