30 C
Kota Kinabalu
Sabtu, Februari 24, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

KKTP buat kunjungan hormat kepada Nga Kor Ming

Dr. Joachim bersalaman dengan Nga sambil disaksikan oleh Isnin di pejabat KPKT, hari ini

PUTRAJAYA, 29 Ogos 2023: Timbalan Ketua Menteri Sabah II merangkap Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan (KKTP) mengadakan kunjungan hormat kepada Menteri Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT), Nga Kor Ming di pejabat kementeriannya di sini hari ini.

Dr. Joachim berkata, kunjungan ini adalah merupakan sesi suai kenal sejak beliau menjawat jawatan sebagai Menteri KKTP.

Pada masa yang sama katanya, pihak kementerian juga mahu mencapai kesepakatan melalui sesi perbincangan mengenai isu-isu yang telah dibincangkan dan diputuskan dengan harapan lebih mudah berurusan di masa hadapan.

Dr. Joachim diiringi oleh Pembantu Menteri I, Datuk Isnin Aliasnih; Setiausaha Tetap KKTP, Datuk Dr. Jamili Nais; Timbalan Setiausaha Tetap KKTP, Faridah Giau; Setiausaha Politik Kementerian yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Telupid, Jonnybone J. Kurum; Pengarah Lembaga Lembaga Pembangunan Perumahan dan Bandar (LPPB), Rosemary Ah Ping; serta para pegawai kanan kementerian.

Dr. Joachim turut mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Persekutuan melalui KPKT atas agihan peruntukan kepada Kerajaan Negeri khususnya kepada KKTP.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN